Dec 25, 2011

last entry for 2011 ^_^


     Hmm…campur hari ni, dah dua hari bermastautin dalam kereta..jalan2..dari Kedah ke Pahang.. ke Cameron highland then trus ke Kota Bharu Kelantan..Jauh perjalanan tetap diharungi.. setelah segala masalah settle, now im on my way untuk kembali kedunia pengajian.. Dunia yang cukup dirindui.. Subhanallah..Semoga Allah memberi aku kekuatan.. Pengalaman mengajar erti kehidupan.. ternyata,  aku masih perlukan didikan untuk menghadapi dunia yang penuh cabaran ini..
   Telinga sentiasa disumbat dengan earphone, henset pula memutarkan lagu2 kegemaran aku..saat otak menterjemah bait2 lagu yang didendangkan, ada saja yang menyentuh perasaan..

Ini cukup membawa aku kedunia kerinduan..Nasyid dendangan kumpulan wanita Mawaddah..

“Kalau Tuhan kita kenali..Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami,keagungan dan kekuasaan
Kalau Tuhan kita rasakan, betapa Dia cintakan hambaNya

Kita akan, sanggup berjuang,sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya…
Kita akan sanggup berkorban keranaNya..
Kalau Tuhan di kenali..

Cintailah Tuhan, Dialah segalanya..
Korbankanlah apa saja keranaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi,
Cintakan selain Tuhan cinta Murahan…”

   Aku rasa, aku belum cukup mengenali pencipta kita sebab tu aku masih belum berjaya menjadi kekasihNya yang setia..dan belum berjaya melahirkan kerinduan padaNya..Subhanallah..

~ Untuk menyintaiNya,,kita perlu mengenaliNya…^_^ ~

* KELANTAN *
Pukul 10.30pg bertolak dari Bentong Pahang….tadi pukul 8 lebih baru sampai..boleh tahan jauh.. huhu..Aku nak qoyat..Kelantan memang cantik waktu malam..siang tak tau plak..bangga aku tengok tulisan-tulisan jawi di setiap kedai2…cayalah, KFC, McDonald pon blasah jawi..macam kat Negara Arab..artis pon bnyk pakai tudung..bertaubat..haha..dekat papan iklan la,betulnya tak pakai lagi pon.. sekurang-kurangnya orang kat Kelantan tak tengok aurat diorang hari-hari kan..Alhmdulillah.. Nikmat Iman Islam..Allahuakbar..

Ø  Ini adalah entry aku yang terakhir untuk 2011…aku suka menulis, and thank you for all of you yang sudi baca entry aku yang memboringkan..jumpa lagi..entah bila..aku tetap akan kembali!

Dec 17, 2011

Konsert Iwan & Ustaz Radzi di Dewan Ustaz Fadhil Noor, Serdang Kedah

ini adalah salah satu slot dalam 2 hari Program Bulan Penerangan Pas kawasan Kulim B/Bharu.. mungkin muda mudi tak kenal sangat dengan kedua-dua artis di atas kerana mereka popular di tahun2 dahulu. Iwan penyanyi lagu jenis dangdut dahulu. manakala Ustaz Radzi dahulu adalah vokalis kumpulan rock Melissa & popular dengan lagu "CINTA UNTUK NABILA". Namun, berkat hidayah Allah, kedua-duanya meninggalkan dunia melaghakan lalu bersama menggunakan dunia hiburan sebagai medan dakwah. CINTA UNTUK NABILA telah ditukar menjadi "CINTA UNTUK NABI KU.." ^_^ Alhamdulillah..semakin ramai artis yang menuju ke Jalan yang diredhai Allah serta membantu menyebarkan agamaNya..

ini sebuah lagu yang sempat dirakam.'SEMUA ALLAH PUNYA'  nyanian IWAN..


menarik juga malam ini, dua orang kurang upaya berusaha datang ke Dewan untuk menyaksikan konsert itu dengan hanya menaiki basikal istimewa mereka..subhanallah..semoga keduaNya diberkati Allah.. Dari IJOK ke SERDANG..atas kesungguhan mereka, Dewan Pemuda telah menghadiahkan mereka T-Shirt Alternative Riding Club (ARC)..^_^






Bulan Penerangan Pas kawasan Kulim ini memang menarik..cuma yang kurangnya sistem tugas agak tidak tersusun.. semoga Pas kawasan Kulim B/Bharu ini akan terus maju dan mantap dalam menganjurkan program.. I.Allah..Amin..

Dec 16, 2011

Dewan...

hmm..campur dengan hari ni, dah 2 ke 3 hari aku berulang ke dewan serba indah ini..walaupun agak kekurangan segala kemudahan namun dewan ini telah banyak berbakti sejak ditubuhkan lagi...

~'Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor'~

nama glamor yang diberikan untuk dewan ini..nama insan yang banyak menyumbangkan segala tenaga dan kekuatan untuk keindahan Agama ISLAM & juga kemuliaan perjuangan Parti Islam Semelaysia ( PAS ).. Subhanallah..rindunya pada Ustaz. Dulu aku pernah bercita-cita nak bersalaman dengan ustaz. masa tu aku masih kecil...tapi tak kesampaian bila ALLAH lebih sayangkan beliau..

Teringat juga pada arwah ayah aku.. beliau sangat2 sayang pada Ustaz..masa hari Allah jemput ustaz pulang kesisinya.. ayah menangis..terpaksa melepaskan insan yang cukup dikagumi itu.. ayah juga bercita-cita untuk meninggal dalam keadaan berdarah dan berpenyakit macam ustaz. kata orang, meninggal dunia disebabkan penyakit beruntung. aku pun tak tau kenapa dan apa kelebihannya.. tak sangka permintaan ayah dikabulkan Tuhan. Ayah benar2 meninggal disebabkan penyakit & mengalami pendarahan. dan syukur, aku sempat berada disisi ayah disaat hembusan nafas terakhir beliau. Alhamdulillah.. Al-Fatihah

~ semakin hari semakin takut pula aku nak melangkah kaki kedunia pengajian semula..hati rasa terikat dengan jemaah.. Ya Allah..hebat kuasa jemaah ini!! semakin banyak perkara yang kita buat, semakin bertimpa-timpa diuji dalam program2 yang diadakan dalam jemaah, semakin manis aku rasa dalam perjuangan ini..
kelebihan orang dalam jemaah juga kuat,walaupun perangainya melahirkan rasa kurang senang orang lain. walaupun percakapan atau perbuatannya menimbulkan keraguan di dalam jemaah..walau siapa pun orang itu, jika dia sudah lama di dalam perjuangan ini, fikrah mereka tetap sama.! dan walau sebanyak mana pecah dan retak di dalam jemaah, kekuatan akan terhimpun dan bersatu semula di saat menghadapi pihak lawan. hati-hati akan bersatu menentang pihak lawan yang mengejar dunia semat-mata.. keindahan berjamaah tak dapat digambarkan!

Dulu aku pelik, kenapa bonda aku tu selalu sibuk ya? dari aku abang sulung aku dilahirkan sampai lah adik bongsu aku dah besar panjang, tapi bonda aku tetap macam tu. walaupun bonda aku selalu sibuk, tapi kami semua alhamdulillah, membesar dengan kekuatan agama yang baik. aku selalu juga tanya bonda, bila nak berhenti dari semua ini?
~ ini jawapan permata hatiku -"Selagi nafas masih dikurniakan Tuhan, selagi tanggungjawab tidak ditarik balik dan juga selagi jemaah tak buang diri bonda ni, selagi itulah bonda akan teruskan perjuangan ini. itu tekad bonda!"
alhamdulillah, sampai sekarang umurku juga sudah hampir mencecah angka 2 dihadapan, bonda masih tetap dengan pendirian itu. walau selalu juga bersungut, tapi gerakan kaki tangan dan seluruh anggota itu masih belum berhenti menabur budi. dan kerana ketegasan itu juga, aku berasa terikat dengan keindahan ini. di sini juga aku temui kehebatan bersahabat sehingga hujung-hujung usia kita..Subhanallah..

sayangnya, dalam jemaah ini ketandusan orang muda..ketandusan otak-otak intelek dan moden mengikut peredaran zaman. bukan tidak ada, tetapi bilangannya terlalu sedikit. sedih. rakan sebaya dengan aku tak mahu bersama dalam jemaah. aku tahu, sebahagian kita takut mencuba. cubalah. kelak keindahan Islam juga akan kita temui dalam kehebatan berjamaah.. Subhanallah..

Semoga setiap jiwa-jiwa muda akan terpanggil untuk mendekatkan diri dengan jemaah yang benar-benar ingin mencari keredhaanNya..^_^

Nov 28, 2011

hari-hari kita untuk siapa ya?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya Allah berfirman : Aku mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, sekiranya dia menyangka kepada-Ku dengan baik maka kebaikanlah buatnya dan sekiranya dia menyangka kepada-Ku dengan buruk maka keburukanlah buat dirinya." ( Riwayat Ahmad )

Nov 10, 2011

copy paste!


Bismillahhirrahmanirrahim..
Kisah ini berkisar tentang seorang gadis biasa yang tidak punya sikap luar biasa. Dia tidaklah boleh dikatakan sebagai sebaik-baik hiasan dunia apatah lagi diberi ‘payung syurga’ di akhirat sana. Namun, dia tetap punya kelebihan yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Dunia gadis ini serba sosial. Dari pergaulan hingga ke pekerjaan. Semua memerlukan kehidupan sebagai manusia yang bebas. Dia punya keluarga yang spoting, teman yang berfikiran terbuka juga suasana yang sangat mencabar. Pergaulan dengan bukan mahram sudah menjadi perkara biasa.
  Namun, siapa sangka gadis ini sangat menderita. Jatuh bangun seorang diri. Tidak mahu terus-terusan hanyut dalam dunia moden. Di dada gadis ini, sarat dengan ilmu dan teguran yang tidak terluah. Disimpan kemas didalam hati dek ingin menjaga hati orang sekeliling.
  Gadis ini semakin lama, semakin serasi dengan dunia barunya,- berbanding dunia dulunya yang punya keindahan di sepertiga malam, kesayuan di dalam tahajjudnya, kedinginan didalam taubatnya-. Gadis ini semakin mula mengetepikan segala ilmu yang selama ini diagung-agungkannya. Segala prinsip yang dipegangnya. Namun, dia tetap menjalankan perintah wajib dari ALLAH swt serta tetap menjauhi dosa-dosa besar yang dilarangNya. Didalam hatinya ada bisikan yang sering berbunyi,  ‘berfikiran terbukalah’!
  Seorang lelaki muncul dalam kehidupan sehariannya. Hampir setiap hari pekerjaannya memerlukan bantuan lelaki tersebut. Lelaki itu juga insan biasa. Tidak pernah menuntut ilmu agama dimana-mana madrasah. Namun, lelaki itu punya kelebihan yang sukar ditemui orang lain. Hidayah. Lelaki itu punya hidayah, petunjuk agar menjadi yang lebih baik disisi Allah. Lelaki itu sudah mula mendekati keindahan Islam melalui kuliah-kuliah dimasjid atau didalam internet yang serba mewah. Kehidupannya dari manusia yang terlalu biasa, mula terisi dengan pengisian kerohanian. Terlihat perbezaan yang nyata bagi siapa yang mengenali lelaki itu.
  Hari berganti hari, bulan berganti bulan, gadis itu meneruskan kehidupan sebagai insan biasa. Tanpa diketahui si gadis, rupanya si lelaki menyimpan perasaan pada dirinya. Sampai suatu hari, si lelaki memberanikan diri menyuarakan hasrat hati. Si gadis merasa serba salah. Keliru. Apakah harus disambut rasa yang juga dirasainya? Atau dibiarkan pergi begitu saja?
  Sayang, gadis itu menyambut kasih yang dihulurkan bukan mahramnya. Hubungan berjalan lancar. Namun meraka masih belum serasi bersama. Segan silu sentiasa bertandang dihati masing-masing apabila mata bertemu mata. Berbual tentang hubungan mereka, jauh sekali. Gadis ini sangat beruntung. Kerana?? Dia punya perasaan malu yang selalu menghalang tingkah lakunya.
  3 minggu hubungan ini berlansung. Keluarga kedua belah pihak seakan merestui hubungan ini. Kebahagian seolah-olah dirasai semua orang di sekeliling. Namun siapa tahu, ada hati yang mula bergetar. Ada rasa bersalah di sekeping hati yang dalam ketakutan. Kadang gembira dengan hubungan ini, kadang-kadang menangis kerana hubungan ini. Bukan kerana terluka dengan pasangan tetapi kerana penyesalan yang teramat sangat. Hati itu milik siapa? Milik si gadis. Subhanallah.

Gadis ini tersedar. “Berdosakah apa yang aku lakukan sekarang? Soalan jenis apakah ini? Aku telahpun mempelajarinya dulu. Aku berdosa. Berdosa.”
 Murah airmata gadis ini turun  setiap kali mengenang hubungan yang telah dibina tanpa lafaz dan akad pernikahan. Menangis gadis ini disisi Tuhannya. Memohon petunjuk dan hidayah dariNya serta memohon ampun akan ketelanjurannya. Gadis ini kaget memikirkan si lelaki. “Apa yang patut aku katakan padanya? Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Andai aku tercipta untukknya Ya Allah, Engkau kuatkan lah jodoh kami. Engkau kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai.. Namun andai telah Engkau takdirkan, dia bukan jodohku, Engkau jauhkanlah hati-hati kami Ya Allah. Engkau jauhkanlah kami dari melakukan dosa kepadaMu ya Rabb. Aku pohon Ya Allah.. Hanya kepadaMu tempat ku mengadu.” Doa gadis itu memohon pertolongan Tuhan sekalian alam.
   Segala puji-pujian, hanyalah layak diberikan kepada Pembimbing hati-hati manusia. Pengampun doso-dosa manusia. Pemberi bantuan yang tiada taranya. Subhanallah.
  Suatu hari, si lelaki menyampaikan hasrat hati yang mungkin sekian lama terpendam. Hubungan ini mesti dihentikan. Terkejut si gadis. Kata si lelaki yang baru mengenali keindahan Islam dalam setiap perkara, hubungan ini tak dapat diteruskan dek hukum yang menghalang. Ikatan pernikahan sahaja yang mampu menghalalkannya. Titik. Segalanya berakhir disini. Terima kasih.
  Subhanallah. “Allah tidak akan menguji seseorang itu, melainkan atas kemampuannya.” Allah s.w.t sangat memahami hamba-hambaNya. Dia tahu bahwa gadis ini tak mampu melukakan hati si lelaki dengan memutuskan hubungan yang tak diredhaiNya ini. Lalu Dia tiupkan kesedaran di hati si lelaki. Diberi petujuk dan hidayah agar mengakhiri hubungan ini sebelum di ikat dengan ikatan yang sah.
  Sujud si gadis. Tanda syukur yang tidak terhingga. Besarnya nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Hati si gadis mula tenang. Semakin tenang. Pengalaman menjadikan gadis ini serik. Cukuplah setakat ini aku teranjur melupakan Tuhan. Aku tidak mahu lagi. Gadis ini membawa hati sejauhnya dari cinta manusia. Takut terlanjur lagi. Biarlah Allah Yang Maha Bijaksana yang mengatur jodohku. Itu tekad si gadis.

 * gadis ini sangat beruntung diberi taubat sebelum jauh terlanjur. sedarlah manusia yang melakukan kesilapn. mungkin Allah memberikan kita taubat, tetapi kita tidak menyedarinya. Allah itu Maha Berkuasa atas segalanya. Sedang cinta yang telah 8 tahun berkembang boleh diputuskan dalam tempoh sejam, apatah lagi hubungan yang baru 3 minggu berputik. Segalanya kuasa Allah. Kita hanya perlu yakin. Yakin padaNya. Yakinlah bahawa, REZEKI, JODOH PERTEMUAN, AJAL MAUT, telah ALLAH tetapkan semenjak ditiupkan roh ke dalam jasad kita. Subhanallah.

Oct 29, 2011

oh bulan...!!

  aku curi2 masa ja ni..biasalah sejak mak aku pon layan fb ni, payah sket nak online n nak menulis ni. aku pon mls sama..hehe..
  aku da cerita tentang bulan! logik tak logik nak percaya tak nak, terserah kat korang la..huhu..aku tukang menyampai je..^_^
  dua minggu lepas kot tak silap, aku ada join kem pengurusan organisasi Nisa' dekat Langkawi. mujur aku punya mabuk laut dah hilang, lau tidak teruk jgk aku..
ada la satu slot tu, bersama kak Mas, dari SPIES Selangor. tentunya orang BULAN! slot akak ni memang best. seronok. mak aku pon puji. ukhuwah beliau dengan Nisa' sini memang kuat. Tapi aku bukan nk cerita pasal dia ni bulan ke, bintang ke matahri ke..tapi aku nak cerita tentang cerita yang beliau cerita! bagi aku menarik. lau korang rasa tak menarik, tak payah layan lah..hehe

cerita dia macam ni...
 " kak mas adalah bagi ceramah motivasi dekat sebuah program DKPP ( Dewan Kelab Penyokong Pas ).. kak mas bagi punya bagi..mcm biasa, macam dekat tempat yang kak mas selalu bagi tapi sebab kak mas tahu, bukan semua dlm dewan tu orang Islam, kak mas usaha menggunakan perkataan Tuhan untuk menjaga hati mereka. selepas selesai slot kak mas, datang seorang lelaki yang agak tualah kat kak mas. nak ckp dengan kak mas. cerita lelaki tersebut, dia adalh seorang paderi. masih seorang paderi. dia ucap terima kasih kat kak mas. dan dia cerita pada kak mas, mcm mana dia boleh join kelab ni. Sebagai seorang paderi, dia sangat2 risau tentang mslh remaja sekarang. Dia rasa dunia dah teruk. Dia jd runsing memikirkan masalah manusia.
  Sampai suatu hari, dia bermimpi nampak sesuatu warna hijau. Dan ada BULAN warna putih ditengah. Dia tak tahu apa benda tu. Dan ada suara yang cakap kat dia, “ini boleh bantu selesaikan masalah yang sedang kau hadapi.” Dia fikir, apabenda warna hijau putih tu. Lalu dia cerita mimpi tu kat anak dia. Kebetulan anak dia baru sahaja mula berjinak-jinak dengan kelab ni.anak dia pon katalah, oh,,itu Pas. orang yang paling tinggi dalam Pas ni ialah MB Kelantan. Dia tekad nak cari Tok Guru Nik Aziz. Dia pergi ke Kelantan. Dan tanya orang, di mana rumah MB? Lalu, orang tu bagitau jalan, sekian, sekian. Dia cari tapi tak jumpa. Dia tanya lagi orang. Kebanyakan orang cakap dekat2 kedai lalat. Dia bersa kagum. Ramai orang tahu rumah MB mereka. Tapi kalau tanya aku, memang aku tak tahu mana rumah MB negeri aku.(dia la kata)Cari punya cari, dia jumpa. Sampai depan rumah Tok Guru, dia terkejut. Macam ni saja rumah MB.dia dapat rasa yang dia tak salah pilih orang. Sah, memang mimpi aku tu tak salah. Bila dia jumpa dengan Tok Guru. Bertambahlah keyakinan dia terhadap Pas. Orang macam ni baru layak memerintah katanya. Dan sejak itulah dia bersama kelab ini dengan yakinnya.”

  Lau tak silap aku, paderi ni India kot.Apa yang dibualkan dengan Tok Guru, aku tak tahu. Tak pulak kak Mas cerita. Bila aku dengar, lagi semangat nak bantu gerakan ini dalam menghadapi PRU akan datang. Aku harap, pak paderi tu akan nampak keindahan Islam yang sebenar. Sesungguhnya hidayah itu milik siapa saja yang dikehendakiNya.. Allahhuakbar.,

~ Sejahtera dikekal...pincang diranap..!!

Sep 17, 2011

bila rasa, baru tulis...

hari ni aku rasa nak menulis lepas lama jugak aku tak dak hati nak bercerita. kisah ini kisah benar.ada kena mengena dengan yang hidup, tetapi tidak ada kena mengena dengan yang telah meninggal dunia....

seusai sembahyang asar tadi, aku terdengar perbualan cikgu along, cikgu angah dengan seorang waris anak soleh Pasti. Perbualan mereka berkisar tentang luahan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan Pasti As-Salam ini.Alhamdulillah.. aku rasa bersyukur. sebab? sebab rasa tidak dikhianati walaupun agak perit menelan setiap butir kata hamba Allah itu. mana tidaknya, berhari-hari kami asyik mendengar cerita-cerita yang kurang enak tentang pusat pengajian Islam ini. Namun sayangnya, cerita-cerita itu cuma datang dan pergi umpama angin yang membawa virus. Menyakitkan setiap insan yang disapanya tanpa menjelmakan dirinya yang sebenar. Aduh! sakitnya hati setiap guru yang baru mula melangkah ke dunia kanak-kanak. hati-hati yang belum pernah merasa naluri seorang ibu, apatah lagi ketegasan seorang bapa. Wajarkah kami dipersalahkan andai kami tak dapat memahami perasaan dan kehendak seorang insan bernama kanak-kanak?? Mungkin juga kami yang bersalah!
      Aku sudah mula merasa lemah setiap kali mengenangkan esok ada kelas. akan menghadapi anak-anak soleh yang berpuluh-puluh kerenah. tambahan pula, setiap anak-anak itu mempunyai 2, 3 karakter yang berbeza-beza. ' KEGAGALAN DI AKHIR JALAN BERPUNCA DARI KESILAPAN DITITIK PERMULAAN'. Mungkin cara kami ada salahnya dipermulaan sehinggalah menghasilkan natijah yang kurang memuaskan. Jauh panggang dari api, umpama langit dengan bumi andai dibandingkan  kejayaan Pasti-Pasti lain dengan Pasti yang baru setahun jagung ini. Bertemankan guru-guru yang lansung tidak punya pengalaman dalam industri ini, bersulamkan sikap segelintir waris yang belum mengenal konsep PASTI menyukarkan lagi usaha murni Pasti.

~ ini bukan satu keluhan tapi sekadar luahan hati milik insan bernama guru.

      Ya, masa masih panjang untuk menjana perubahan. kesilapan yang pernah dilakukan boleh dijadikan pengajaran. mungkin untuk guru-guru lain tetapi tidak bagi aku. masa yang bersisa sebulan lebih  ini saja milik aku untuk aku terus 'memberi' sebelum aku akan 'menerima' semula sekaligus mengakhiri tanggungjawabku terhadap anak-anak ini. Mungkin perjuangan aku bukan disini. Mungkin juga bukan waktu ini. semuanya milik Allah. hanya Dia yang tahu apa bahagian ku di dunia ini.
       Hati ini, berharap sangat (sampai tak tahu nak cakap sekuat mana harapan itu!!) agar Pasti ini akan lebih baik dan lebih baik lagi di masa hadapan. Dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Pasti-Pasti yang lain. moga Pasti ini dapat mencapai visi dan misi PASTI. Selamat anak-anak ini bersama keluarga di dunia dan akhirat sebagaima namanya Pasti As-Salam.

~ serahkan dirimu di persada perjuangan dalam mencari redha Tuhan..jalan perjuangan itu bercabang. pilihlah satu cabang dan langkahlah kakimu agar perjalananmu menuju kepadaNya, disulami dengan pengorbanan. kelak dibalas dengan ganjaran. Hanya Allah yang tahu siapa kita disisiNya...- cikgu alang -

Aug 9, 2011

kosong??!!

hmm...rasa kosong sikitla Ramdhan kali ini..kenapa ya?? huh!!bnyknya dosa lau dihitungkan dari Ramadhan lepas hingga Ramadhan ini..

aku rasa antara sbb aku rasa kosong ni mungkin sbb aku tak duduk dalam dunia mnuntut ilmu..syaitan tak dak pon, tapi berat nak ibadah tu bukan main..syaitan dah tinggalkan kuasa dia la tu..!!tak guna punya syaitan!!

terawikh??hmm,,ok la..cuma tak taulah..kdg2 tu rasa tak puas hati..bukan nk kata kita ni pandai tapi biasalah.. setiap kali Ramadhan, pihak masjid akan import la student tahfiz mana2..tapi bila dah cup lambat, dapat la yang kategori bdk2 sket..belasan tahun..baca kdg2 tak berapa betul..tak jelas..membuatkan kita yang mengantuk ni bertambah2 lah mngantuknya..

kerja?jalan lagi..kelas pagi dan petang..kuranglah masa nak baca Al-Quran tu..kalau kat sekolah, boleh je curik2 nak baca dlm kelas..tapi sekarang,,hmm..curi2 tidur adalah..huhu..terok2..beza dulu dan sekarang..

tapi aku still tengah usaha nak mengimbangkan ibadah dengan kerja ni..cuma kdg2 rasa tak mampu smpai nak tumbang..maka disini aku nak tegaskan bahawa, hargailah masa sekolah anda..ianya amat berharga..

seronok!! seronok bila tengok budak Pasti 5 tahun, 6tahun mampu berpuasa penuh sehari malah ada yang diberi kekuatan tak ponteng lagi smpai skrg..syukur Alhamdulillah..kalau budak Pasti, upin ipin boleh puasa, takkan lah yang dah besor2 tak boleh kan..taubatlah bagi yng tidak berpuasa dibulan fasa kerahmatan ini.. moga diberi kekuatan menghadapi 2 fasa lagi..amin..


Syaitan tak de ni!!ayuh kita bina tembok yang kuat dan kukuh agar tak mampu ditembusi oleh syaitan bila dia pulang kelak!!caiyok2!! ^_^





Jul 14, 2011

*Lagi-lagi BERSIH

mestilah!!aku sukakan keBERSIHan..^_^..ni pic2 yang menarik tentang TAK KOTOR..boleh dijadikan pengetahuan am dan juga boleh pertimbangkan nak lagi ke tak pemerintah sekarang..huhuhu...

                                         masih ramai yang turut sama menuntut keBERSIHan
                                              
                                         ramai bangla ja pakai baju merah tuh..haha
             
                                           terima kasih!!

                                          Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH
   

kehadiran yang amat memberangsangkan ini membuktikan bahawa ramai yang sudah tak tahan dengan pemerintah sekarang!!juga rakyat di bawah 1 Malaysianya..Melayu, Cina dan India!!ALLAHHUAKBAR..


~ Kebersihan itu separuh daripada iman!(hadis)

* lau sape rase nak baca entry seorang peserta BERSIH cina,yg bertajuk : saya berasa selamat bersama orang PAS,,sila ziarah blog ini..~ ibnualfathani.blogspot.com

Jul 12, 2011

"TAK KOTOR!!"

lau tak kotor, mestilah BERSIH!! haha..emm,,tanggal 9 Julai lalu,,aku dengan semangat berkobar2nya boleh join 'perhimpunan yang dikatakan haram' tuh!huhu..but not for me...^_^

aku terus terang, aku memang bangga sangat2 dapat join..!!dari dulu aku teringin nk join demotrasi..aku nk pengalaman je dulu..tapi tak tercapai...sekarang baru aku faham erti kata sebenar demotrasi walaupun aku x tau nk jelas kfhmn aku mlalui kata2...dan tercapai jugak!!huhu..

mulanya agak gerun la nak p bla aku tngk lam fb,lam tv,,asyik kutuk aje prhimpunan ni..aku pon cari la pndpt TOK GURU tentang perhimpunan ni..HALAL semestinya...!!

sekitar pkul 8 lebih,kami smpai kat masjid Negara.. ramai orang..polis pon sibuk2 nk tumpang glamor..haha.. ramai polis dok berkumpul..tgh dgr kuliah pagi kot!!@ tgh atur strategi nk halau kami..huhu..kami pon,,sbbkan kesian kat depa, gerak la tnggal kwasn msjid..pindah dok kat stesen komuter..mai kcau plak.. dari situ la kami mula berarak..

org???huh!!jgn kata la..dgr brita tv, katanya dalam 6ribu lbeh je..pndai depa noh..dok bahong sakan!! lau aku tau yang mana wartawan bahong,,leh aku sekat kaki depa masa depa sibuk2 tekejar2 nk cari crita..hihi..tapi aku tak nak la rosakkan nama BERSIH tu..huhu..aku pon tak sangka seramai tu manusia..tu baru group Msjid Negara..tambah group Masjid Jamek, group jln chow kit lagi..group2 yang selerak lg..huh..ramai SUBHANALLAH!!

yang sedapnya, pagi2 lagi kami dapat hadiah istimewa dari pak polisi..!!free..sesen pon tak kena bayar..tp biasalah..benda free ni,,xsedap!!..haha..PEDAS,,PEDIH,,GATAI..semua adalah!!sampai mengalir air mata berbaldi2 tahan pon tak cukup..itulah antara penangan rokok free depa..hmmm...tergamak depa wat lagu tu..

kali kedua ketiga dapat,kurang lah sket keterujaan tu..huhu..bahkan siap dapt mandi AIR GATAL2!! tapi org dpn ja..aku tak kena pon..xsampai..

Doa2 orang beriman dimakbulkan ALLAH..masa tengah polis gila2 nak asap-asapkan kami,,hujan turun dengan lebatnya...syukur!!air mata ni laju ja sibuk2 nak turun skali melihat PERTOLONGAN dari ALLAH untuk kami..tapi terpaksa cover la sket..kiri kanan depan belakang orang yang tak dikenali tapi sama tujuan..walaupun tetap kena jugak asap2 depa tu, tapi kurang sket la penderitaan tahan benda alah tu sbb basah..huhu..

yang aku tambah teruja, ternyata cina, india jauh lebih bersemangat..cayalah depa!!boleh buat geng..huhu..
tapi bila difikir2kan,,apalah salah kami kan..kami cuma nak wat secara aman..kenapa perlu guna kekerasan nak lawan kami..sepucuk pistol pon takdak  apatah lagi bom asap2 mcm depa tu..ish2..pening!!apa la salah kami..nak membersih pon kena tentang..!!mmg diorang jenis suka kotor2 kot..huhu..

nampaknya ramai juga rakyat Malaysia yang dah tak betah duduk dibwh pemerintahan depa lagi!! Agong pon baik..mujur Agung juga inginkan keBERSIHan dlm politik..moga beliau ditingkatkan iman serta taqwa dalam menjaga keamanan negara..Amin..

                                       "Pakatan Rakyat tawan PUTRAJAYA........."

*dulu aku tak suka politik!!sekarang dah lain..aku dah mula faham..mungkin kefahaman aku berubah mengikut kematangan usia aku!!hehe..sape tak suka politik,xsuka sunnah Nabi..sdgkan Nabi sendiri berpolitik!!berubahlah..huhu

Jun 23, 2011

cayalah!!

jauh merantau ke pendalaman Kuala Nerang..join kem..cne bleh join..

kata org2 yang mmpromosi kem ini..~ "ada mcm2..ajar kemahiran masak la,ada buat kerja2 sosial, ada kursus kahwin,,dah la free 100% plak tu...seposen pon xmntak ditambah dngn sajian elaun plak...p la..bkn rugi pon.." 

langkah kaki berat jgk pasai dah lama tak jadi peserta...terbayang nk kena lari2 mcm aku pernah buat kat budak2 dulu..haha..cayalah..mujur xkena pon..tu la manusia..cpt lupa diri..

pnglaman bnyk,,naik flying fox,(gerun gila),msk ketupat,buat sabun,kursus kahwin..boleh la sket2 nk mohong tuh..huhu..

tapi yang aku suka sngt,slot2 ceramah yang aku tak mengantuk..kdg2 tu rasa mcm balik dalam suasana di MUASSASAH dulu..rindu betol dngn suasana tarbiyah...tzkirah lps mghrib..bc ma'thurat..dan yng paling best,,smbhyang jemaah kat surau!!(walaupun kdg2 aku lewat jgk p n ada time2 yg btol2 xdan nak p surau,,huhu...)

sini aku nak kongsi sket apa yang aku dapat...satu ja yang paling aku ingt...next time aku smpaikan ilmu2 lain ye..

buat sesuatu,,niat Kerana Allah..
~ kita akan dapat POWER luar biasa...cuba try test...

*syukran jiddan untuk sahabat2 sekumpulan 'MARATUSSOLEHAH' dan juga shabat2 dari kwasan Kulim B/Bharu n shbt2 muslimin dan muslimat KEM BELIA SEJAHTERA Siri 1 2011... kerana smngt perjuangan hampa semua,,aku trus yakin untuk meneruskan perjuangan walaupun kita mngalami masalah dipertengahan medan..

~moga Kerajaan KEDAH SEJAHTERA sekarang akan terus memerintah untuk kesejahteraan bersama..dan juga untuk KEDAH sentiasa berada dibwah naungan Rahmat dan keredhaan Allah s.w.t...


                                               ' kumpulan Maratussolehah'                          



                                          KEM BELIA SEJAHTERA SIRI 1 2011
                           "Generasi penyambung pengorbanan Pimpinan Kedah La Ni'        


                                  'menentang musuh Allah, laungkan takbir!!Allahhuakbar!!




Apa yang penting??    ALLAHHUAKBAR!!!   ^_^

May 18, 2011

cerita cikgu..


setiap anak murid, bermacam ragamnya. setiap guru berlainan caranya. namun matlamatnya tetap satu.

~untuk melahirkan generasi berilmu!!

dari PASTI @ tadika ke sekolah rendah dan menengah...seterusnya ke pusat pengajian yang lebih tinggi.

> sebagai pelajar...
16 Mei 2011
* message sent. 1 message received. 2..3.. seronok bukan main. sebab? dapat mesej la..agak2 siapa??

orang istimewa.

guru2 dari MUASSASAH. hehe..rasa syukur sangat kerana Tuhan masih beri aku peluang untuk menunjukkan bukti penghargaan dan ingatan untuk guru2.

balasan mesej dari murabbi2 sedikit sebanyak mengurangkan bebanan rindu pada mereka.

 6 tahun aku dididik dengan ilmu2 ALLAH. dari perkataan, perbuatan serta teguran mereka, melahirkan aku yang sekarang. walau tak sebaik2 wanita solehah. cukup sekadar aku masih bernafas dalam Nur Nya.

itu cukup menjadikan aku hamba yang perlu bersyukur.

terima kasih guru..


                *                         *                      *                             *                                  *

> sebagai cikgu.

pertama kali tarikh 16 Mei menjadi lebih bermakna..haha..bangga??

yup. memang. aku sangat bangga. 

aku bangga kerana aku telah temui salah satu jalan dakwahku. kalian? aku harap kalian juga akan menemuinya.

walaupun hanya 2 3 pelajar sahaja yang memberi penghargaan melalui ucapan, kad juga hadiah, namun ia cukup membuatkan aku rasa dihargai. itu hati aku ketika menjadi seorang guru.

agaknya, apa perasaan guru2 kita bila kita turut menunjukkan rasa penghargaan kepada mereka.??
fikir2kanlah.

namun, penghargaan itu sebenarnya hanyalah sesuatu yang seketika.

hayati dan fahamilah...

* akim. burung helang apa dalam bi? EAGLE. rusa? DEER. pagar? GATE. patung? DOLL. bla bla bla...

*adam. kuning dalam bahasa arab? ASFARUN. hijau? AKHDHORUN. hitam? ASWADUN. bla bla bla..

*adib baca ikrar pertama...>RADHITUBILLAH................ALLAHUAKBAR!<

tiada yang lebih membahagiakan hati seorang guru melainkan dapat melihat anak didiknya mampu menerima segala ilmu yang disampaikan. apatah lagi mengamalkannya.

dan inilah yang mengikat aku dengan dunia perguruan..

>>tak perlu kita berbangga dengan kehebatan guru kita. tapi biarlah GURU kita berbangga dengan kehebatan kita.!!

                                jangan lupa masukkan guru2 didalam doa harian kita!!

May 14, 2011

andai itu kehendakNya*



> cerita ini aku jumpa dalam sebuah buku...

*aku seorang remaja sama seperti orang lain. aku ada ayah, ibu, teman2, juga keluarga yang lain. aku sngt gembira dengan kehidupan ku waktu itu..seronok..seronok sangat.tak terucap dek kata2.tiada yang lebih membahagiakan aku melainkan saat pahit manis bersama keluarga..aku sayang kalian semua..


jujurnya, sedari aku kecil,aku lebih rapat(kamcing`bahasa kedah') dengan ayah. pelikkan? walaupun aku anak perempuan, tapi salah satu faktor yang menyebabkan ini berlaku pada aku adalah kesibukan ibuku masa kecil. juga ketegasannya yang lebih tinggi dari ayahku menjadikan aku lebih rapat dengan ayah.


apa yang menyebabkan aku ingin bercerita, jika hanya manis yang aku rasa..huhu..sebahagian dari kegembiraan ku kian terkoyak bilamana ayahku disahkan menghidap barah..anak mana yang tak sedih apabila insan yang paling dikasihi melebihi ibunya sendiri, disahkan menghidapi penyakit yang disenaraikan sebagai salah satu penyakit yang sering membawa maut. takot. itulah yang sering aku rasa.


disekolah, aku bertanya kepada seorang teman yang telah kehilangan ayahnya sejak berumur 2tahun. apa perasaan awak bila xdak ayah ha?xrasa papa ka..teman aku jawab, "dah biasa dah,lgpun,dari kecil takde. sekadar tengok gambar je. yang lain dah tak ingat tentang ayah. rasa sedih tu kurang la."
aku masih ingat lagi ayat yang aku gunakan masa tu walaupun dah bertahun berlalu.aku~"aku tak dapat bayang la kalau ayah tak dak.aku rasa aku tak boleh hidup tanpa ayah."aku tahan pilu dalam hati..takut bukan main lagi masa tu. ayah aku dah berminggu terlantar dihospital..ibu aku?korang jangan fikir ibu aku sibuk je..tak pon.. bila aku dah naik remaja, sibuknya makin kurang, juga kurang bersama garangnya..huhu.. ibu aku la yang jaga ayah sepanjang dihospital..tidur atas lantai tepi katil ayah.(guna karpet la).


ayah aku? bukan main aktif lagi walaupun sakit..tetap macam ayah aku yang sebenar..cuma aku jarang berbual lagi dengan ayah. biarlah ayah rehat. aku kembali ke asrama dengan perasaan berbelah bahagi. di asrama,aku sentiasa diburu resah. suatu hari, aku berasa akan kehilangan sesuatu. mungkinkah waktunya sudah tiba??Ya Allah..kuatkanlah aku..andai Engkau lebih menyayangi beliau, aku redha..Engkau tabahkanlah hati aku untuk menghadapi sesuatu yang amat aku takut ini. biarlah ayah aku kembali padaMu andai ini bisa mengurangkan penderitaanya......siapa x bahagia dapat bertemu denganMu?kekasih hati orang beriman!


ayah aku dah keluar hospital. kesihatan fizikal memang ok. tapi dalam? hanya Tuhan yang tahu. ayah aku steady macam orang lain. sekali tengok, memang orang tak tahu ayah aku punya penyakit siries. aku gembira tengok ayah. sekurang2nya, Tuhan belum makbulkan doaku. ayah aku sentiasa mengukirkan senyumannya. mungkin menahan sesuatu agar tak dapat dilihat orang lain..aku sangat sayang pada senyuman dan pemilik senyuman itu. aku gembira melihat bibir yang dahulunya sering menegur sikap aku yang degil, keras kepala, baran mengukirkan senyuman..walaupun bukan semua untuk aku, tapi aku dapat merasai ketenangan wajah itu..dan saat itu juga, aku tidak sedar bahawa ada lain dari aku yang turut memerhatikannya. siapa?? sesuatu yang aku sering lupa. maut.


airmata mahalku sering tumpah setiap kali kisah ini aku lakarkan. tapi kenapa aku masih teruskan? kerana jalan ini dapat mengurangkan kerinduan aku padanya.dan aku ingin kongsikannya dengan orang lain agar orang yang masih punya keluarga sempurna sentiasa menghargai kesempurnaan itu.


saatnya telah tiba. doaku dimakbulkan Tuhan. hibanya hati tatkala aku melihat tubuh ayahku terbaring lemah dengan nafas yang tersekat2. maafkan aku ayah, aku bukan bencikan mu tapi kerana sayanglah, itu yang aku doakan. sayang anakmu ini, tiada tahapnya. hati aku perlahan berbisik, aku perlu redha semua ini kerana ia telah Allah tetapkan untukku. seakan satu mimpi, aku melihat sendiri wajah tenang itu perlahan-lahan menghembuskan nafas yang terakhir. ayahku pergi.perginya tiba2. tanpa sebarang pamitan. pergi bertemu Kekasih yang sedia menanti.bersama mahkota wudhu', ayahku pergi meninggalkan kami. aku. aku. seluruh jiwa raga ku seolah-olah hilang dibawa ayah.


manusia hebat berbicara dengan Tuhan. aku redha..aku terima..aku??saat ini baru aku sedar bahawa aku hanya menipu. 3bulan!! 3bulan aku mengalami kekesalan yang amat sangat. aku rasa hidup aku kosong. kosong sekosongnya. setiap kali aku lihat teman2 aku bersama ayah mereka, hati aku sakit. aku benci dengan kebahagiaan yang aku tak dapat rasa lagi. 3bulan itu juga, aku bagaikan manusia tidak berTuhan. solat aku tak bersama hati. doa sekadar sambil lewa. aku putus asa dengan hidup. aku tak mampu jadi anak yang tak dak kasih sayang ayah. aku xmau. aku nak ayah aku balik!!


namun. TUHAN SAYANG AKU. Dia tak kan biar aku terus begitu. sahlah. Tuhan xpenah mengabaikan doa hamba2Nya. DIA ambil aku semula. dikirimkan seorang Ustaz untukku. kata2 yang diilhamkan Tuhan kepada ustaz, berjaya membawa aku pulang pada Sang Pencipta. baru aku sedar,kasih manusia hanya sementara, tapi kasih Tuhan tiada taraNya. aku kuat semula. aku bangun dengan kata2 itu untuk meneruskan hidup. 


ayah datang bertemuku dalam mimpi. ayah atau hanya bayangan syaitan? aku tak pasti. namun, aku tetap berasa puas kerana kata ayah, ayah bahagia. aku bersama keluarga, berusaha bangun semula dengan semangat2 ayah. berbagai ujian yang kami tempuhi sampai sekarang. mujur ayah telah mendidik kami menjadi manusia beriman. sampai sekarang kami masih kuat untuk menempuhi segalanya kerana kami yakin bahawa orang beriman, sentiasa redha dengan takdir Tuhannya. bukan bermakna org mukmin tak perlu berusaha. cuma perlu redha dengan hati andai itu takdirNya...moga aku akan bertemu jodohku dengan manusia berhati masjid seperti ayah. amin..

> p/s : siapa yang masih ada ayah, mak,dan keluarga.hargailah sesungguh2nya. kekasih hati boleh dicari ganti. tapi kasih kedua ibu bapa tetap xkan sama walau beribu datang berganti. aku sayang ayah. mak. dan keluargaku..aku juga rindu keluarga bahagia itu..*_*
                                         
                                 >kenapa aku tampilkan cerita ayah? sbb hari ni, aku rasa rindu sangat kat ayah..
                 *buku tersebut tak berjudul kerana ianya hanya sebuah buku catatan!

May 3, 2011

>>>mengarut


wajah2 pemain bola sepak wakil Pasti As-Salam Bandar Seri Mahkota..yg berjaya membawa pulang pingat.................saguhati...haha..

> sudah kuduga...huahua..

>>cikgu trok3...ada ka nk lawan lusa,,hari ni baru pilih pemain...mana tak kalah teruk..
cikgu sopan2,,tak qeti nak sepak bola..haha..

~ import jurulatih,,ada ka patut masa latihan bg bdk2 layan citer2 lam laptop..trok3..
coach pon malu2 kucing...malu nk ajar...balasan tuhan..

pengajaran : "sediakan payung sebelum hujan" *_*


sbnarnya dah kering idea ni....saja nak mengarut jeh..hoho...~ aku ni pesyen kena menulis time sedih,,lebih gembira,,geram ke or takut...lau xde rase pape tak leh tulis...rosak..hehehe...

>>>ni nak mula rosak dah lah ni...hihi..baik berhenti sebelum lg kritikal..haha..

~ sorry lah sape rasa buang masa layan entry ak..haha..>_<



                       *aku ada rasa bersalah nih,,sape rasa aku da wat salah ngan dia..
                                           *>ak mntak maaf ye..aku tak sengaja kot..*

Apr 16, 2011

Cilok....^_^


Sinergi

> konsep ukhuwah yang dibina atas dasar iman, direka oleh Irfan ketika masih di Jordan.


1+1=3


1 adalah individu,,,
+ adalah keimanan


Di dalam 3 terdapat dua 1 dan satu lagi adalah yang luar biasa. Terhasil daripada hubungan dua individu yang berteraskan keimanan....

                                                                                             > m/s 489, Sinergi ~ Hilal Asyraf


"Kalau macam itu,apa sebab pun persahabatan kita tak akan putus?"


"Apa sebab pun. Hatta kalau kau terjun ke neraka, 


aku akan terjun sama untuk menarik engkau, 


naik semula dan berjalan beriringan denganku 


sampai ke syurga."

                                                                                     > m/s 228, Sinergi~ Hilal Asyraf


*manisnya ukhuwah...sebelum nak merasainya,,, iman perlu dicuci dulu.....huhu...*_*
  > bersahabat kerana Allah....

~ Sesungguhnya, Allah jualah yang membolak balikkan hati manusia...

Apr 15, 2011

Bicara Hati...



Seketika...


Tersentak hatiku sedikit berbunga,,
Tak pernahku rasa virus yang tiba2 menerpa..


Sebentar...


Terlempar aku ke dunia fantasi,,
Tercipta sebuah kehidupan di dasar hati..


Tersenyum aku sendirian,,,
Terasa satu perasaan,,,
Perasaan yang bisa menggetarkan seluruh jiwa,,
Turut menyumbangkan seluruh anggota...


Apa??!!
Apa yang terjadi padaku??
Virus apakah ini??


> aku tiba2 mengerti...apa yang terjadi sebentar tadi...


itulah cinta barangkali...!!
Cinta dari Ilahi atau dari musuh insani...
Aku sendiri tak pasti!!


Kembali...


Segera ku kembali ke dunia realiti,,,
Bergegas ku mencari cinta Ilahi,,
Yang telah aku lepaskan tanpa ku sedari..


Malu!!


Aku malu pada Ilahi,,
Seringku lupai cintaNya yang hakiki,,
Acapkali ku lupai kasih sayangNya yang tak bertepi..


Berulangkali ku kembali....
Namun kekadang ku ulangi lagi...


Aku memang teruk!!
Teruk sekali..
Sering aku mengharapkan cinta yang tak pasti...
Walau disisi ku punya kekasih sejati,,
Yang setia menanti bersama cintaNya yang kekal abadi..


Mengapa??!!
Mengapa aku bersikap demikian??
aku sendiri tak pasti,,,
Jalan apa yang kulalui..


aku gagal lagi!!!
gagal melawan,,,
melawan musuh yang kian menggila...


Bangun!!!!
aku mesti bangun kembali!!!
melawan musuh hati...
menggenggam kejap cinta Ilahi...
agar tidak terlepas lagi...


Moga aku sentiasa..
sentiasa berada kukuh didalam...
di dalam kasih sayangMu...
Kasih sayangMu Ilahi.......


Ameen........^_^





Mar 29, 2011

cerita lama...



MEMORI TERCIPTA....

Ketika mula langkahku menuju yang satu
Pelbagai mehnah kuharungi
Tanpa hati tulus suci
Terumbang-ambing mencari cinta hakiki


Hampir tersungkur diperjalanan
Hadir insan bernama teman
Bersama seiringan menggulung keazaman
Segalanya seakan menjadi kenyataan


Dan kini,,,ku mampu tegak berdiri
Melangkah penuh keyakinan
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Terus berlari menggapai bintang


Disini kutemui....
Cahaya dari Ilahi
Cahaya petunjukNya
Bersinar di bumi barakah ini..


Sudah tiba...
Saat ku melangkah pergi
Tak dapat aku bayangkan dugaan..
Untukku di luar sana..


Moga Tuhan melindungi aku dan teman-teman..
Sesungguhnya,,disinilah muqaddimah diari kehidupanku sebagai hambaNya...^_^

* lirik nasyid yg ditulis oleh JASA 2010 (putri),,dengan harapan dapat dihadiahkan buat adik2 putri di smidu tapi apakan daya..kesibukan yang luar biasa ketika itu menghalang langkah kami..huhu...


* bagaimana ya kawan2 skrg??bagaimana guru2??rasa xlayaknya nak kembali ke SMIDU dan berhadapan dengan guru2..................huhu....

* semoga JASA 2010 dan anak2 lepasan SMIDU sentiasa berada di atas jalan yang benar..

Ameen......*_*