“Cikgu!!
Berdarah. Sakit cikgu!!”
Wah.
Berderau darah gua. Aduh. Darah sikit punya banyak. Terkejut. Terus aku tarik
budak tu masuk tandas. Basuh bahagian luka. Tepi mata. Sikit sangat-sangat lagi nak kena mata. Allah. Kejang kaki aku.
Dalam luka.. macam mana ni Ya Allah. Aku panggil Maklong yg tengah khusyuk
memasak kat luar. Sepantas kilat Maklong masuk ambil madu, habbatussauda dan
keturunannya lah. Disapu kat tempat luka. Aku berdiri kat luar tandas. Cuak.
Dengar suara Angah.
“Kenapa
dengan dia?? Sapa buat??”
“Syamil(bukan
nama sebenar) cikgu! Dia cucuk dengan gunting!!”
Aduh..bukan
main kecut perut aku dengar. Rasa nak pitam pon ada, tapi agak-agak la
kan nak pitam pon, anak aku ni yang tengah sakit. Aduh.
Akhirnya,
darah berhenti jugak. Alhamdulillah.
Asyraf
(bukan nama sebenar) yang kacukan Malaysia Indonesia tu masih menangis
teresak-esak. Sakit tentu sekali. Budak lagi pulak tu. My big boss cuba call
mak dia, kami nak bawa ke klinik. Cuba banyak kali tapi tak dapat. Keputusan dibuat,
aku diarahkan ikut abah bawak budak tu ke klinik. Sasaran kami Klinik
1Malaysia. Bukan pasai sambut seruan kerajaan tapi pasai waris anak Pasti ada
kerja situ. Senang sembang. Betul.
Sampai kat
klinik milik kerajaan tu, aku bawa Asyraf masuk. Aku dipanggil oleh
doktor.(tapi aku agak dia bukan doktor).
“Maaf
saya tak boleh buat. Saya tutup luka ni dan saya akan call ke hospital lama. Cik
kena bawa ke sana. Luka dalam ni.”
Wahwah..doktor
ni betul menambahkan ketinggian suhu ketaq aku. Ok. Kami gerak ke hospital
lama. Asyraf pon dah diam lepas aku pujuk tadi. Senyap saja ikut aku ngan ‘tokwan’(abah
aku).
Sampai di
hospital lama tu, aku ambik no, daftar dia dan kena tunggu giliran. No 1. Aiseh.
Sekarang no 36. Bila nak jadi satunya balik? Sabar tunggu. Ayah Asyraf mai. Wah,
naik lagi suhu ketaq aku. Ayah mana tak risau anak dia kemalangan kat sekolah. Cerita
sebenar kejadian aku masih xtau. Yg aku tau diorang bergaduh berebut gunting. Itu
aku jawab kat ayah dia. Marah ayah dia kat Asyraf. Aku Nampak Asyraf lap air
mata dia. Wah. Meruntun naluri keibuan aku.
Dari pukul
12.30 aku kat situ, dapat masuk jumpa doktor sekitar jam 1 suku la. Ayah dia
masuk dulu. Kemudian dia keluar balik panggil aku. Hah. Sudah. Kena jahit dan
doktor sini tak berani nak jahit pasai dekat sangat dengan mata (doktor
perempuan). Kena bawa ke Hospital Kulim. Ayah dia terpaksa masuk balik kerja. Mesej
big boss masuk.
‘Selawat banyak2. Baca Al-Fatihah sampai jumpa umi dia. Jangan cakap
kasar langsung. Tunggu sampai selesai semua.’
Terbayang2
reaksi umi Asyraf. Kami pergi ambil umi Asyraf kat tempat kerja dia dan terus
ke hospital. Umi dia nampak ok, releks aje. Faham perangai budak. Sepanjang perjalanan
ke hospital umi dia nasihat supaya tak berebut lagi dengan kawan. Kasih ibu. Dah
la anak bongsu dia ni.
Sampai kat
hospital terus ke bahagian kecemasan. Jam dah nak dekat pukul 2 petang. Asyraf dan
umi dia masuk jumpa doktor. Mujur di sini mengamalkan sistem mengutamakan
kes-kes kecemasan. Lama menunggu diluar gara-gara ‘guard’ India tu xbagi masuk.
Aku berkira-kira nak pergi solat dekat surau belakang cafeteria tu. Mintak no
fon umi Asyraf dekat big boss. Dapat. Tapi aku tak mesej pon umi dia. Aku terus
jumpa guard tadi dan minta dia sampaikan pesanan aku kalau-kalau diorang dah
selesai rawatan. Aku pegi solat. Terserempak abah. Dia ajak makan. Tak la kot. Tak
dak selera.
Selesai solat,
tunggu balik dekat tempat tadi. Aku teringat no umi Asyraf yang big boss bagi tadi.
Aku sent mesej minta umi Asyraf dapatkan laporan doktor supaya dapat klaim
takaful PASTI nanti.Mesej my big boss masuk.
‘Afif
cerita, Hafiz kilas tangan Asyraf ke belakang dan Syamil cucuk dengan gunting.’
Ya Allah. Kiranya
aku rebah kat sini, naya kena masuk wad terus ni. Mesej big boss tak mampu aku
balas. Diam. tak tergamak aku nak cerita pada umi Asyraf. biar dia tahu dari orang lain. aku tak mampu nak cerita.
5 jarum
digunakan untuk jahit luka Asyraf. Menangis meraung anak kecil tu bila
dijahit terus selepas dibius ubat kebas. Mungkin sebab ubat tu belum bertindak,
doktor dah bertindak dulu. Mau tak sakit gila. Cerita si umi aku simpan kemas
dalam otak. Aku nak balik cerita nanti.
Setelah puas
pusing bahagian kecemasan hospital tu, jam 3 lebih baru selesai dan kami balik. Hantar
mereka berdua sampai ke depan pintu rumah. Pesanan terbaru big boss aku
luahkan.
“kak,
saya mintak maaf atas apa yang jadi. Kalau ada apa-apa masalah akak hubungi
kami ya.”
“Saya
faham, biasalah budak-budak. Saya tak apa. ok. Terima kasih banyak cikgu.”
Jumaat Sabtu
berlalu dengan baik walaupun aku mengalami sakit perut dan terpaksa berulangkali
ke tandas. Ini semua gara-gara takut,fikir banyak dan asyik teringat kejadian
tu. agaknya kelenjar endokrin aku telah merembeskan hormon yang berlebihan kot.
Haha..
Ahad. Aduh. Umi
dan ayah Asyraf datang bersama mangsa kejadian (Asyraf). Sudah, serius aje
muka. Aku agak, sudah ada orang taman yang menceritakan kisah ‘buli’ tempoh
hari. Kali ni aku tak mampu selesai. Aku dah datang balik sakit perut. Aku minta
big boss pergi jumpa mereka. Big boss aku ni memang power. Tadi orang tu datang
dengan wajah kelat, sekarang sudah bisa senyum bah. Alhamdulillah. Baik-baik cakap
sudah lega. Umi Asyraf cari Syamil. Syamil buat keras aje. Geram pulak hati
kite nie! Sesi minta maaf berlalu sebaik Syamil sekadar menyentuh tangan Asyraf
tanpa melihat wajah yg dilukainya. Bertambah geram cekgu ekau ni tau..!
“Syamil
dah cerita dekat mak, tapi mak tak kata apa pon,” ujar Syamil sambil senyum sampai ke
telinga.
Aiyya. Mau naik
darah gua membuak-buak macam gunung berapi. Sebelum gunung berapi meletus, aku
diam tak menjawab. Aku kira mak dia ni terlalu selamba. Allah. Malas nak kata
apa-apa, aku biar.
Sekarang perut
sudah lega tapi aku rasa angin yang membawa cerita sensasi ini masih bertiup
kencang di kawasan perumahan ni. Lantaklah. Aku tak nak fikir semua tu. Besar-besar
mulut tempayan boleh jugak tutup, kecik-kecik mulut manusia siapa yg boleh
kawal. Bercakaplah selagi berita panas ini masih panas. Esok sejuk tak sodap
pula. Kan?
Aku harap
sangat mak Syamil ambil tindakan apa-apa pada Syamil supaya anak ini tak
terbiasa dan tak naik lemak. Kelak, lemak dah berkilo-kilo baru nak buang, kan dah
menyusahkan.
Ok. Selesai cerita
aku. Ini kisah benar.! Aku abadikan kenangan perit ini di sini supaya aku dapat
membacanya semula nanti. Didiklah anak-anak kalian dengan baik.. Sekian.
#thanks a
lot to my big boss…(mak). Sepanjang aku seriauu berada di hospital tu, beliau
tak putus-putus bagi semangat. sayang big boss!