Nov 24, 2012

Aku hanyalah seorang Hawa


ceh tajuk!! :D Nama aku Hawa. Tapi bukan Ain Hawani dalam Adam & Hawa yg tengah top sekarng nih. Umur aku dah cecah 20-an. Muka aku ala-ala wanita bekerjaya plus matang.(kata org okeh)tapi, yang aku tak boleh ubah ialah perangai aku. Kalau orang tak kenal selalu cakap aku sombong. Ye ke? Tak kot. Huhu. Cuma aku memang tak pandai cover muka matang aku neh. Hehe. 

 Aku biasa-biasa saja orangnya. Nak kata baik , huh.malu kalau jumpa member2 sekolah menengah dulu. Nak kata jahat , aisy. Tak kot. Pakai? Aku tutup aurat elok la. Cuma tak lah pakai tudung labuh litup, berjubah or berkurung selalu. Tak jugak cakap dengan org guna ana enta enti.  Jauh sekali berniqab.  Aku bukan jugak gadis yg sentiasa menundukkan pandangan dari bukan muhrim,or gadis yg bercakap dengan lelaki hanya di sebalik tabir.

Memang. Memang aku berasal dari sebuah pusat pendidikan agama yg sepatutnya bila dah graduate dari situ, aku akan jadi gadis macam aku cakap tadi. Tapi aku tak nak jadi hipokrit. Aku mahukan kesederhanaan. Walaupun aku tahu orang ramai berfikiran bahawa wanita2 yg lemah lembut,dan segala peel yg baik di atas tu ialah wanita ‘solehah’. Bukan aku tak nak jadi macam tu, cuma ni hah, badan aku memang tak pandai buat lemah lembut. Aku kira sikap ini dah sebati mungkin. Huhu. Aku tak peduli apa orang kata, yg aku tahu *wanita solehah tak semestinya kena lemah lembut. Berjubah sepanjang hari atau sentiasa bertutur dengan gelaran diri ana enti.*

Solehah? Siapa tak nak title tu?orang bodoh je tak nak. Tapi title tu manusia yg guna utk menilai seseorang secara luaran. Orang2 tahu ke apa penilaian Allah atas seseorang tu.. gadis biasa macam aku boleh ke dapat title tu? Hmm…ada aku kesah? Aku tak perlu title tu drpd manusia. Aku perlu dariNya. Aku tahu cara aku berpakaian mungkin tak se’solehah’ sebahagian hawa2 di luar sana. Tapi cukup aku ingat dan amalkan di mana wajibnya dan di mana haramnya. Sunat? Itu antara aku dengan Dia.

Couple? Aku layan tak?sama sekali tidak. Itu satu fenomena yg tak tertelan dek tekak aku neh. Soal neh aku tak suka sangat. Jiwa aku tak qeti benda2 mcm neh. Huhu. Aku kawan je dengan lelaki, bukan tak kawan. Cuma utk jadikan yg ter’istimewa’ tu memang aku tak jumpa lagi. Kenapa eh? Bukan tak dak orang nak okeh. Bukan jugak aku memilih. Habis,dh semua bukan apa yang kan??hehe..aku ada sebab2 aku.

*sebab aku rasa Tuhan belum gerakkan hati aku ni utk sesiapa.*

*sebab aku tak percaya pada hubungan sebelum kahwin*(yela dh bnyk contoh yg jadi dpn mata aku!)

*aku takut nak letak sayang aku utk mana2 lelaki sbb aku ada satu ja perasaan sayang dlm hati ni. Kalau ada yg rosakkan rasa ni, habislah aku. Utk suami aku nanti, mana nk cilok sayang lagi..huhu

Itu semua yg penting2 je, ada byk lagi sebab.hehe..bab hati, aku cukup jaga. Aku tak bagi chance langsung utk sapa2 lukakan aku. Allah tahu aku tak kuat kalau terluka.sebab tu Dia lindungi hati aku ne sampai sekarang. Takkan tak pernah suka dan kecewa lansung kot??haha..pernah..bukan tak pernah. Sikit jeh dan aku masih berjaya tanganinya. Kadang2 aku saja letak ego aku setinggi langit supaya tak dak siapa boleh jatuhkan ia. Memang sifat tu tak baik kan? Tapi salahkan aku nk jaga hati aku? Tak kan. Ini ego versi baik lah. ^^

Soal jodoh, aku letak pada Allah seratus peratus. Ada jugak etika yg telah aku gariskan secara tak langsung dalam otak neh. Tapi itu sekadar apa yg aku nak. Aku tahu, apa yg aku dapat nanti, jauh lebih baik utk aku. Antaranya :

*orang beriman lah semestinya.

*tak ustaz2 pn tak pa asalkan tahu juga hukum2 agama.

*sembahyang fardhu setiap 5 waktu di masjid atau surau.(kecuali keuzuran)

*garang daripada aku.(aku garang sangat ke? Ya la kot.)

*baca Al-Quran memang pandai. (Nk aku ajarkan pon boleh.tk de hal. ^^)

*Mesti org PAS! (hehe, perlu ka? Perlu! Sebab aku dah mula berjinak2 dengan jemaah neh.aku harap suami aku nanti tak halang semangat juang aku ne.. :D)

*tambahan+apa salahnya kan kalau aku nak orang yg turut sama berjuang dlm jemaah kan kan? (walaupun dia hanya penggerak di belakang tabir.)

Hisy,bnyak betul.mengada mcm kita tu baik sangat. Memang tak baik, sbb tu nak cari yg boleh bagi aku jadi baik kan??tapi aku tak kisah jika Allah dah takdirkan aku dengan orang yg aku perlu bawa mengenal Islam. Itu hak Dia. Aku tahu Dia lebih mengetahui atas segala sesuatu. Kisah hidup manusia mcm2 hiasannya. Ada yg corak pergh…memang sukar tp hasilnya terrrbaikk..! ada jugak yg corak dia mudah, hasilnya juga baik. J dan aku yakin,corak kehidupan yg Allah telah lakarkan utk aku adalah yg terrbaikk!!

+Fakta : Nama aku Hawa? Yelah sebab aku dilahirkan sebagai salah seorang kaum HAWA. Adamnya?? Biarlah Allah simpan rahsia itu sampai masanya tiba..*

#di saat kamu benar2 berpegang pada Allah, kamu kira Dia akan melepaskan tangan kamu??#


Aug 13, 2012

dia dah nak pergi la ...

       Alhamdulillah.. hidup lagi hamba Allah yang serba kekurangan ini ye ..

hari ini dah 24 Ramadhan ! tinggal 5 hari saja lagi . subhanallah.. sudah kita guna kan SALE yang Allah bagi .
untung ka rugi kita ni , hanya Allah yang tahu .

teringat Imam terawikh tadi . dia baca qunut nazilah dalam solat witir . tersenntap jugak rasanya . 
teringatkan saudara2 seIslam kita yang berada di seluruh dunia .

dalam kita makan kenyang , habis duit dengan mercun , macam mana la depa kan ?
puasa memang sah lah . bersahur pun tidak berbuka pon tidak. Subhanallah.

teringat dulu masa di sekolah menengah , pernah dengar cerita :

seorang muslim di negara mana tak ingat . sedang mengalami kesulitan menentang Yahudi la'natullah .
katanya : wahai saudara seIslam ku , akan kami tuntut di depan Allah kelak hak2 kami sebagai saudara kalian. bukan harta atau bantuan lain jika kalian tidak mampu . namun doa kalian . kirimkan kami           Qunut Nazilah! Subhanallah..

Jom kita hargai sisa sale yang masih ada ni. alangkah ruginya kita keluar dari madrasah Ramadhan tanpa Rahmat, Maghfirah dan pelepasan dri api neraka dari Allah .. Subhanallah ..

May 13, 2012

Tak boleh banyak, sikit pon boleh kawan..

ok..apa yang ok?hah..tak tau2..mmg suka ckp ok kot..supaya, semua benda boleh jadi okkk...=)

kemaqin Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Kedah..
join jugak la..jadi perwakilan (kena ganti my mem)..tapi terer jgk aku, first time tak tidur masa 
mesyuarat panjang2..
haha..10 pg - 3.40 ptg..boleh tahan..
malam bersama Jentera Pilihanraya Pas Kedah sampai 12.15..
tak penat ka? mestila! tapi dengan Jemaah, semuanya jadi manis..believe me..=)

patik dengar YAB Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan berucap...bagus3..Ustaz panadai bakar semangat Muslimat..
kenapa ngan Muslimat..ler..sekarang Muslimat la yang dok tengah rayu undi..
kuasa Muslimat mmg power..=)

' Buat baik kepada manusia, kamu akan tawan hati mereka'

'Kita berjuang, depa pon berjuang. Kita dengan depa semua sama saja! tapi yang membezakan kita hanyalah tahap kebergantungan kita kepada Allah, tahap keyakinan kita kepada Allah'

'Kuasa itu milik Allah. Sampai satu tahap, semua senjata milik mereka, akan membunuh mereka sendiri'

ok.xmau melalut lah..contohi kawan.. =D

p/s : untuk kawan2, please..hulurkan sedikit pon jadilah untuk Jemaah kalau tak mampu join Jemaah. tolong doa. solat sunat hajat. tolong2..walaupun hanya dengan 2 rakaat hajat dan doa korang,
mungkin diterima oleh Allah..( mungkin Allah akan satukan doa2 kita yang sama..)
pohonlah agar kemenangan itu milik kita!

-KITA JAGA DIA, DIA AKAN JAGA KITA-

fakta : * Tuan Guru Dato' Bentara Setia Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat.
* Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
*Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak

May 10, 2012

Peminat soh update...hahaha..jgn mrh kwn, santai2 pagi Jumaat..:D

> BERSIH 3.0 <

Berita dalam tv??  tak habis lagi cerita..bikin gua tension saja!!
Alhamdulillah..kali ne aku tak terlepas lagi join demontrasi...muka aku,,kaki demo jalanan ke??!!
huisy! xmain la demo jalanan..(tapi mmg jalan pon, bas untuk polis ja..hehe)..ingat lagi ka sal 
BERSIH 3.0?
hari ni dah 11 Mei dah.. Bersih 28 April lepas....mau tak ingat! tiap2 hari media massa dok hantam..
piaww punya... tapi,,ada aku kisah? tak lekang pon telinga,tapi sakit jiwa tu ada la skit kan..

Ok, balik pada 28 April qitu..=) aku dengan semangatnya bertolak jam 10.30 malam dengan bas Pemuda kawasan Kulim...lelaki suma kecuali 8 org perempuan..hehehe..wakil Muslimat..
sampai dekat depan Pejabat Kerajaan dekat Bukit Perdana..belakang KTM Bank Negara..
berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka yg sudah tidak jauh dari situ..
masa tu dlm pukul 7.15...jalan2, MasyaAllah ramainya abe2 Polis...gerun2 jgk pasal kami pakai baju 
BERSIH 3.0...tu baru pukul 7 lebih...pak polis sudh terpacak menunggu aku..hehehe.. no comment la..

hmm...pagi tu,,ak seqiau jgk,tgk polis ramai dari kami ne...Polis mai berbijik2 bas... Akedemi Polis dari mana tak tau plak...tp muda2 lagi semuanya...
takde sebarang kejadian yang berlaku pagi tu, cuma ada acara santai2 kami sambil DUDUK BANTAH dekat tengah2 jalan kat KL tu..bila lagi nak bersila kat tgh tu kan..hehehe..

Kami bermastautin kat situ sampai pukul 2, masa tu orang..Subhanallah...meqenyut! (bahasa Kedah)..
masuk waktu Zohor, ramai sembahyang atas tar kat tgh jalan tu...Alhamdulillah..kewajipan tak pernah dilupakan...=) 

hmm....dlm pukul 2 tu la bermulanya satu lagi peristiwa dlm hidup ak..huhu..peristiwa terrbaikkk..=)
aku tak tau apa jadi kat depan, tapi aku dengar depa ajak kedepan lagi..kami mara la...masa tu, pak2 FRU (rupanya yang tembak gas tu perempuan! ceh, dah ambik air longkang utk water canon!) dah tercegat kat depannnn sana nu...aku mcm biasa la..tgh2, tak leh depan sangat stgi tak sempat lari..
hari tu aku bnyak santai sket pasai aku set lam otak, Polis tak kacau kot..kan dh dekat mengundi ne....
tak sangka kot, tiba2 org depan sekali dah disimbah dgn WATER CANON tuh! huh, apa lagi, jap gi msti gas BERBISA tu plak...kami diminta                          undur....nah...mai dah gas!

huh! sedapnya...Hanya Tuhan saja yang tau...sekali hidu, aku seqik kot...sakit ne Subhanallah... mula2 aku ingat aku ja yg rasa pedih ne lagi teruk dari tahun lepas...rupanya betul! double dri last year...
masa tu aku kecewa gila la sbb aku betul2 yakin yang kerajaan takkan buat mcm tu lagi...ada yg bawa baby lagi tanda dia yakin dengan kerajaan...rupanya kerajaan still mcm tu! huh..

then kami lari dan lari...FRU kejar dengan dia punya track tu..kat mana kami berkumpul ramai, kna tembak lagi..sampai satu time tu,,kami tak nmpak pon track FRU..tapi tiba2 bau gas dan pedih la...cari punya cari rupanya depa lepas melalui payung terjun...heeeiii..mnyeringai gila...tapi biar lah...Allah tau nk balas depa kan..

dlm pukul 4 lebih, kami cari jalan nak balik, seksa la nk jumpa..telefon ketua rombongan, dia nak mai ambik kami kat DBKL..kami tgu kat situ...kebetulan Polis tengah gaduh mulut dengan mamat2 nek moto..
nampak ja kami terus sorang bro polis ne marah soh balik..aku ckp mmg nak balik pon.
then kami lalu je tgh2 depa yang seramai dlm 80 org..(pakai baju BERSIH tak jadi satu kesalahan)
tengah kami dok jaln tu,aku rasa kalu aku tadah bakul, penuh dengan maki hamun depa..
makan ptptn la..mngaji tak pndai. bodoh. bengap. semua ada la..
tapi kami buat badak je..dengan perempuan berani..huh!nk masuk polis 3 kredit pon boleh..ape ade hal..
muka muda2 lagi, baru kena brainwash le tu..biar la...asal bahagia depa sudah...

cari la apa nak cari, kejar la apa yang nk dikejar...nanti orang tak payah bayar ptptn, biar polis bayar!

Semoga PRU 13 ne...PR dpt jatuhkan rejim BN...TAWAN PUTRAJAYA!!  

Ya Allah, bantulah perjuangan dalam menegakkan agamaMU...serta lindungilah para Ulama yang sering dihina mereka...balaslah mereka dengan balasan yang setimpal Ya Allah...andai kami layak memegang tampuk kepimpinan, permudahkanlah Ya Allah..




kepada Polis yang maki kami qitu, aku maafkan korang tapi dengan satu syarat! mtk ampun melalui TV3! ada berani?  caiyok2...Bersih 3.0 terrbaikk...(walaupun ada SB berceqetek!)

hah! lagi satu..memandangkan ramai yang suka kritik peserta BERSIH 3.0, aku nak nasihatkan..tak pergi jgn ckp banyak...tak faham erti tuntutan le tu...!!jgn percaya sgt dengan TV..auta bnyk dari fakta!!

Mar 18, 2012

ponteng sekolah ^ ^

18 Mac join bas DMPK ke Petaling Jaya. motif tak tau pon mula-mula..dapat arahan suruh pi, pi jela..

seronok join himpunan2 ne,,tp kali ne tak macam BERSIH..Polis baik..hahaha..

Berkumpul di masjid Bulat (bukan nama sebenar) pukul 2 petang. Bergerak secara perlahan menuju ke Padang Astaka sejauh 1 km..jauh tu.... =)








Geng wanita orang asli ~ kembalikan hak mereka please...




Sempat snap sikit2 ja gambar..lagipon tangan kena pakai benda free ne...licin tangan..ganti polis2 ne,,polis tak mai..=)kakaka

~ kenapa kena pakai?? sebab warna putih = bersih
*BERSIH dalam kerajaan*







4 orang remaja tunggal yang join dalam bas DMPK.. Dewan Muslimat memang bersemangat waja!











~ kaum wanita tak pernah sendirian kerana adanya kaum lelaki yang melindunginya ~

Syukran kepada Unit Amal, Briged amal.. boleh ganti polis*







~ jangan hanya pandai berhimpun, tapi mesti bangkit lakukan perubahan! bila?? PRU 13!! undilah PAKATAN RAKYAT wahai wanita -YB Roziah Ismail..

Mar 15, 2012

Ayuh sertai bagi yang bergelar wanita ~

Bila aku Jatuh Cinta


… Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta …

Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita..
Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jatuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..
Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Membuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya…
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta..
Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?
Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan..
Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing-masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

~Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi..


p/s : keyakinan & kepercayaan amat penting di dalam setiap perhubungan..Copy paste ~ sumber tak ingat..lama dah copy,, baru nk paste dlm blog..haha..renung2kan dan selamat beramal..^_^



Feb 20, 2012

Cinta kdg2 susah nk mghasilkan bahagia tp bahagia slalu dpt mlhirkan cinta...

~¤~¤ ♥ What Is Love??? ♥ ¤~¤~¤
"Love is when Khadijah [(رضی اللہ تعالہ عنہ)] spent her entire wealth on this Deen for the Man she Loved... ♥ Love is when Muhammad [ صلی اللہ علیہ وآلہ وسلم] took the glass that Ayesha [(رضی اللہ تعالہ عنہ)] drank from and put his lips on the exact place she put her's and then drank... ♥ Love is when Nabi [ صلی اللہ علیہ وآلہ وسلم] had a race with Ayesha [(رضی اللہ تعالہ عنہ)] and teased her when she lost... ♥ Love is when Nabi [ صلی اللہ علیہ وآلہ وسلم] would take a bone that Ayesha [(رضی اللہ تعالہ عنہ)] sucked meat from and would put his lips on that same place she chewed the meat from... ♥ Love is when Fatimah (رضی اللہ تعالہ عنہ)] immediately smiled and never complained when her father [ صلی اللہ علیہ وآلہ وسلم] told her that her Nikaah has been made to Ali [RADIALLAHU ANHU]... ♥ Love is when Zainab [(رضی اللہ تعالہ عنہ) ] would sacrifice her most prized possession , her everything for her Husband...! ♥
✦✦✦✦ Real Love is not based on romance , candle light dinner and walks along the beach. In Fact is Based On Respect , Compromise , Care And Trust ✦✦✦✦

Copy paste..yg xphm buat2 phm ye..hehe..:D

Feb 4, 2012

kenapa mesti aku yang rasa kecewa?? ~ sebab aku mampu!!

Entry pertama untuk 2012 kan..xdan nak menulis..huhu..^_^ senyum tak perlu kata apa-apa..benar kata org, hidup kita, kalau tak ada dugaan yang menyakitkan,, kita tak akan dapat rasa kemanisan hidup kan..tak dak sedih, sakit hati, rindu dan segala yang menyakitkan, hidup jadi boring..tak dak cabaran..sebenarnya cabaran benar2 mengajar erti kehidupan untuk manusia..kan??
      kita nak bahagia, tapi kita dapat derita..kita nak berjaya tapi kita gagal..kita nk sayang tapi dapat benci..kita mempercayai tapi dikhianati..segalanya derita yg kita rasa.. Kenapa ea?? salahkah kita? kita tak layak ka nk rasa bahagia??kita hanya layak untuk jadi orang yang kecewa ka??
     Setiap persoalan tu selalu dirasai oleh kebanyakan orang..diri sendiri juga..tapi sebenarnya kita lupa apa yang Allah nak bagi kita..kita selalu rasa diketepikan tapi kita tak perasan segala yang dah dikurniakan untuk kita…segala kemudahan Allah beri tanpa kita minta, jadi salahkah kalau sekali, dua kali, tiga kali yang kita minta Allah tak kurnia?? Sedang setiap apa yang Allah tak bagi untuk kita itu, mesti ada hikmah..pasti ada!!bukti?? tepuk dada tanya iman…
    Cabaran dan dugaan yang mendatang dalam hidup kita sebanarnya ialah CUBITAN SAYANG dari Allah untuk kita..:-) cuba kita fikirkan, kalau orang yang kita sayang cubit kita..apa kita rasa?? Contohnya cubitan dari isteri, suami or sahabat yang cukup kita sayang..kita akan rasa gembira dengan cara gurauan yang dihulurkan..mungkin kita tak akan marah..tetapi jika cubitan itu datang dari orang yang kita benci..apa yang kita rasa??sudah pasti kita marah dan sangat marah jika menyakitkan..sebab??sebab kita benci dengan orang yang menghulurkan cubitan itu…Begitu juga dengan cubitan sayang dari Allah..jika kita sayangkan Dia, kita tak akan marah dengan dugaan yang disediakan untuk kita, bahkan kita akan merasa lebih dekat dengan Dia..dan jika kita marah dengan cubitan yang dihulurkan Allah, siapa sebenarnya Dia dihati kita??
     Allah sentiasa berada bersama kita..tak pernah meninggalkan kita walau sesaat..semakin kita dekat dengan Dia, semakin dekat Dia dengan kita..tapi kenapa kekadang kita tetap merasa lemah jika diuji? Merasa pedih ketika disakiti?sebab kita manusia..pasti punya semua rasa itu..tapi yang membezakan kita dengan orang bukan Islam ialah keperihatinan Allah terhadap kita..Kita perlukan masa.. Masa yang kita sendirian, koreksi diri sendiri..cari dimana baik, buruk kita..cari dimana kita..kaji apa yang ada dilubuk hati kurniaan Allah..itulah pentingnya muhasabah kan??
    Kenapa aku sampaikan semua ni??aku layak ka??Itu tak penting…PENGALAMAN MENJADIKAN KITA LEBIH MENGERTI..^_^ yang penting setiap apa yang aku sampaikan, aku sebenarnya nak bagi kat diri sendiri…sebab setiap kali aku menulis, aku akan baca dan baca..dari situ ia akan lekat didalam hati dan fikiran aku..itu aku..korang aku tak tau..:)dan setiap yang aku kongsikan ini semestinya untuk semua..^_^

Kenalilah Allah yang sudah sangat2 mengenali kita..Sayangilah Allah yang sudah tentu sangat menyayangi setiap hamba2Nya..Cintailah Allah yang mencintai kita walau sering kita utamakan cinta lain..Kasihilah Allah yang sentiasa mengasihi kita saat kita kasihkan yang lain..dan ingatilah Allah yang sentiasa mengingati dan menanti doa dan harapan hamba-hambaNya setiap saat dan detik..
     ~ Salam Maulidurrasul..^_^