May 14, 2011

andai itu kehendakNya*



> cerita ini aku jumpa dalam sebuah buku...

*aku seorang remaja sama seperti orang lain. aku ada ayah, ibu, teman2, juga keluarga yang lain. aku sngt gembira dengan kehidupan ku waktu itu..seronok..seronok sangat.tak terucap dek kata2.tiada yang lebih membahagiakan aku melainkan saat pahit manis bersama keluarga..aku sayang kalian semua..


jujurnya, sedari aku kecil,aku lebih rapat(kamcing`bahasa kedah') dengan ayah. pelikkan? walaupun aku anak perempuan, tapi salah satu faktor yang menyebabkan ini berlaku pada aku adalah kesibukan ibuku masa kecil. juga ketegasannya yang lebih tinggi dari ayahku menjadikan aku lebih rapat dengan ayah.


apa yang menyebabkan aku ingin bercerita, jika hanya manis yang aku rasa..huhu..sebahagian dari kegembiraan ku kian terkoyak bilamana ayahku disahkan menghidap barah..anak mana yang tak sedih apabila insan yang paling dikasihi melebihi ibunya sendiri, disahkan menghidapi penyakit yang disenaraikan sebagai salah satu penyakit yang sering membawa maut. takot. itulah yang sering aku rasa.


disekolah, aku bertanya kepada seorang teman yang telah kehilangan ayahnya sejak berumur 2tahun. apa perasaan awak bila xdak ayah ha?xrasa papa ka..teman aku jawab, "dah biasa dah,lgpun,dari kecil takde. sekadar tengok gambar je. yang lain dah tak ingat tentang ayah. rasa sedih tu kurang la."
aku masih ingat lagi ayat yang aku gunakan masa tu walaupun dah bertahun berlalu.aku~"aku tak dapat bayang la kalau ayah tak dak.aku rasa aku tak boleh hidup tanpa ayah."aku tahan pilu dalam hati..takut bukan main lagi masa tu. ayah aku dah berminggu terlantar dihospital..ibu aku?korang jangan fikir ibu aku sibuk je..tak pon.. bila aku dah naik remaja, sibuknya makin kurang, juga kurang bersama garangnya..huhu.. ibu aku la yang jaga ayah sepanjang dihospital..tidur atas lantai tepi katil ayah.(guna karpet la).


ayah aku? bukan main aktif lagi walaupun sakit..tetap macam ayah aku yang sebenar..cuma aku jarang berbual lagi dengan ayah. biarlah ayah rehat. aku kembali ke asrama dengan perasaan berbelah bahagi. di asrama,aku sentiasa diburu resah. suatu hari, aku berasa akan kehilangan sesuatu. mungkinkah waktunya sudah tiba??Ya Allah..kuatkanlah aku..andai Engkau lebih menyayangi beliau, aku redha..Engkau tabahkanlah hati aku untuk menghadapi sesuatu yang amat aku takut ini. biarlah ayah aku kembali padaMu andai ini bisa mengurangkan penderitaanya......siapa x bahagia dapat bertemu denganMu?kekasih hati orang beriman!


ayah aku dah keluar hospital. kesihatan fizikal memang ok. tapi dalam? hanya Tuhan yang tahu. ayah aku steady macam orang lain. sekali tengok, memang orang tak tahu ayah aku punya penyakit siries. aku gembira tengok ayah. sekurang2nya, Tuhan belum makbulkan doaku. ayah aku sentiasa mengukirkan senyumannya. mungkin menahan sesuatu agar tak dapat dilihat orang lain..aku sangat sayang pada senyuman dan pemilik senyuman itu. aku gembira melihat bibir yang dahulunya sering menegur sikap aku yang degil, keras kepala, baran mengukirkan senyuman..walaupun bukan semua untuk aku, tapi aku dapat merasai ketenangan wajah itu..dan saat itu juga, aku tidak sedar bahawa ada lain dari aku yang turut memerhatikannya. siapa?? sesuatu yang aku sering lupa. maut.


airmata mahalku sering tumpah setiap kali kisah ini aku lakarkan. tapi kenapa aku masih teruskan? kerana jalan ini dapat mengurangkan kerinduan aku padanya.dan aku ingin kongsikannya dengan orang lain agar orang yang masih punya keluarga sempurna sentiasa menghargai kesempurnaan itu.


saatnya telah tiba. doaku dimakbulkan Tuhan. hibanya hati tatkala aku melihat tubuh ayahku terbaring lemah dengan nafas yang tersekat2. maafkan aku ayah, aku bukan bencikan mu tapi kerana sayanglah, itu yang aku doakan. sayang anakmu ini, tiada tahapnya. hati aku perlahan berbisik, aku perlu redha semua ini kerana ia telah Allah tetapkan untukku. seakan satu mimpi, aku melihat sendiri wajah tenang itu perlahan-lahan menghembuskan nafas yang terakhir. ayahku pergi.perginya tiba2. tanpa sebarang pamitan. pergi bertemu Kekasih yang sedia menanti.bersama mahkota wudhu', ayahku pergi meninggalkan kami. aku. aku. seluruh jiwa raga ku seolah-olah hilang dibawa ayah.


manusia hebat berbicara dengan Tuhan. aku redha..aku terima..aku??saat ini baru aku sedar bahawa aku hanya menipu. 3bulan!! 3bulan aku mengalami kekesalan yang amat sangat. aku rasa hidup aku kosong. kosong sekosongnya. setiap kali aku lihat teman2 aku bersama ayah mereka, hati aku sakit. aku benci dengan kebahagiaan yang aku tak dapat rasa lagi. 3bulan itu juga, aku bagaikan manusia tidak berTuhan. solat aku tak bersama hati. doa sekadar sambil lewa. aku putus asa dengan hidup. aku tak mampu jadi anak yang tak dak kasih sayang ayah. aku xmau. aku nak ayah aku balik!!


namun. TUHAN SAYANG AKU. Dia tak kan biar aku terus begitu. sahlah. Tuhan xpenah mengabaikan doa hamba2Nya. DIA ambil aku semula. dikirimkan seorang Ustaz untukku. kata2 yang diilhamkan Tuhan kepada ustaz, berjaya membawa aku pulang pada Sang Pencipta. baru aku sedar,kasih manusia hanya sementara, tapi kasih Tuhan tiada taraNya. aku kuat semula. aku bangun dengan kata2 itu untuk meneruskan hidup. 


ayah datang bertemuku dalam mimpi. ayah atau hanya bayangan syaitan? aku tak pasti. namun, aku tetap berasa puas kerana kata ayah, ayah bahagia. aku bersama keluarga, berusaha bangun semula dengan semangat2 ayah. berbagai ujian yang kami tempuhi sampai sekarang. mujur ayah telah mendidik kami menjadi manusia beriman. sampai sekarang kami masih kuat untuk menempuhi segalanya kerana kami yakin bahawa orang beriman, sentiasa redha dengan takdir Tuhannya. bukan bermakna org mukmin tak perlu berusaha. cuma perlu redha dengan hati andai itu takdirNya...moga aku akan bertemu jodohku dengan manusia berhati masjid seperti ayah. amin..

> p/s : siapa yang masih ada ayah, mak,dan keluarga.hargailah sesungguh2nya. kekasih hati boleh dicari ganti. tapi kasih kedua ibu bapa tetap xkan sama walau beribu datang berganti. aku sayang ayah. mak. dan keluargaku..aku juga rindu keluarga bahagia itu..*_*
                                         
                                 >kenapa aku tampilkan cerita ayah? sbb hari ni, aku rasa rindu sangat kat ayah..
                 *buku tersebut tak berjudul kerana ianya hanya sebuah buku catatan!

2 comments:

  1. Salam dr rakan seperjuangan... :)

    Semoga allahyarham tergolong dlm golongan org2 yang beriman.. amin..

    ReplyDelete
  2. really sad story..:)
    ....لا ثحزان ان الله معنا

    ReplyDelete