Dec 25, 2011

last entry for 2011 ^_^


     Hmm…campur hari ni, dah dua hari bermastautin dalam kereta..jalan2..dari Kedah ke Pahang.. ke Cameron highland then trus ke Kota Bharu Kelantan..Jauh perjalanan tetap diharungi.. setelah segala masalah settle, now im on my way untuk kembali kedunia pengajian.. Dunia yang cukup dirindui.. Subhanallah..Semoga Allah memberi aku kekuatan.. Pengalaman mengajar erti kehidupan.. ternyata,  aku masih perlukan didikan untuk menghadapi dunia yang penuh cabaran ini..
   Telinga sentiasa disumbat dengan earphone, henset pula memutarkan lagu2 kegemaran aku..saat otak menterjemah bait2 lagu yang didendangkan, ada saja yang menyentuh perasaan..

Ini cukup membawa aku kedunia kerinduan..Nasyid dendangan kumpulan wanita Mawaddah..

“Kalau Tuhan kita kenali..Kasih sayang dan perananNya
Kalau Tuhan kita fahami,keagungan dan kekuasaan
Kalau Tuhan kita rasakan, betapa Dia cintakan hambaNya

Kita akan, sanggup berjuang,sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup menerima ujian keranaNya…
Kita akan sanggup berkorban keranaNya..
Kalau Tuhan di kenali..

Cintailah Tuhan, Dialah segalanya..
Korbankanlah apa saja keranaNya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi,
Cintakan selain Tuhan cinta Murahan…”

   Aku rasa, aku belum cukup mengenali pencipta kita sebab tu aku masih belum berjaya menjadi kekasihNya yang setia..dan belum berjaya melahirkan kerinduan padaNya..Subhanallah..

~ Untuk menyintaiNya,,kita perlu mengenaliNya…^_^ ~

* KELANTAN *
Pukul 10.30pg bertolak dari Bentong Pahang….tadi pukul 8 lebih baru sampai..boleh tahan jauh.. huhu..Aku nak qoyat..Kelantan memang cantik waktu malam..siang tak tau plak..bangga aku tengok tulisan-tulisan jawi di setiap kedai2…cayalah, KFC, McDonald pon blasah jawi..macam kat Negara Arab..artis pon bnyk pakai tudung..bertaubat..haha..dekat papan iklan la,betulnya tak pakai lagi pon.. sekurang-kurangnya orang kat Kelantan tak tengok aurat diorang hari-hari kan..Alhmdulillah.. Nikmat Iman Islam..Allahuakbar..

Ø  Ini adalah entry aku yang terakhir untuk 2011…aku suka menulis, and thank you for all of you yang sudi baca entry aku yang memboringkan..jumpa lagi..entah bila..aku tetap akan kembali!

Dec 17, 2011

Konsert Iwan & Ustaz Radzi di Dewan Ustaz Fadhil Noor, Serdang Kedah

ini adalah salah satu slot dalam 2 hari Program Bulan Penerangan Pas kawasan Kulim B/Bharu.. mungkin muda mudi tak kenal sangat dengan kedua-dua artis di atas kerana mereka popular di tahun2 dahulu. Iwan penyanyi lagu jenis dangdut dahulu. manakala Ustaz Radzi dahulu adalah vokalis kumpulan rock Melissa & popular dengan lagu "CINTA UNTUK NABILA". Namun, berkat hidayah Allah, kedua-duanya meninggalkan dunia melaghakan lalu bersama menggunakan dunia hiburan sebagai medan dakwah. CINTA UNTUK NABILA telah ditukar menjadi "CINTA UNTUK NABI KU.." ^_^ Alhamdulillah..semakin ramai artis yang menuju ke Jalan yang diredhai Allah serta membantu menyebarkan agamaNya..

ini sebuah lagu yang sempat dirakam.'SEMUA ALLAH PUNYA'  nyanian IWAN..


menarik juga malam ini, dua orang kurang upaya berusaha datang ke Dewan untuk menyaksikan konsert itu dengan hanya menaiki basikal istimewa mereka..subhanallah..semoga keduaNya diberkati Allah.. Dari IJOK ke SERDANG..atas kesungguhan mereka, Dewan Pemuda telah menghadiahkan mereka T-Shirt Alternative Riding Club (ARC)..^_^






Bulan Penerangan Pas kawasan Kulim ini memang menarik..cuma yang kurangnya sistem tugas agak tidak tersusun.. semoga Pas kawasan Kulim B/Bharu ini akan terus maju dan mantap dalam menganjurkan program.. I.Allah..Amin..

Dec 16, 2011

Dewan...

hmm..campur dengan hari ni, dah 2 ke 3 hari aku berulang ke dewan serba indah ini..walaupun agak kekurangan segala kemudahan namun dewan ini telah banyak berbakti sejak ditubuhkan lagi...

~'Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor'~

nama glamor yang diberikan untuk dewan ini..nama insan yang banyak menyumbangkan segala tenaga dan kekuatan untuk keindahan Agama ISLAM & juga kemuliaan perjuangan Parti Islam Semelaysia ( PAS ).. Subhanallah..rindunya pada Ustaz. Dulu aku pernah bercita-cita nak bersalaman dengan ustaz. masa tu aku masih kecil...tapi tak kesampaian bila ALLAH lebih sayangkan beliau..

Teringat juga pada arwah ayah aku.. beliau sangat2 sayang pada Ustaz..masa hari Allah jemput ustaz pulang kesisinya.. ayah menangis..terpaksa melepaskan insan yang cukup dikagumi itu.. ayah juga bercita-cita untuk meninggal dalam keadaan berdarah dan berpenyakit macam ustaz. kata orang, meninggal dunia disebabkan penyakit beruntung. aku pun tak tau kenapa dan apa kelebihannya.. tak sangka permintaan ayah dikabulkan Tuhan. Ayah benar2 meninggal disebabkan penyakit & mengalami pendarahan. dan syukur, aku sempat berada disisi ayah disaat hembusan nafas terakhir beliau. Alhamdulillah.. Al-Fatihah

~ semakin hari semakin takut pula aku nak melangkah kaki kedunia pengajian semula..hati rasa terikat dengan jemaah.. Ya Allah..hebat kuasa jemaah ini!! semakin banyak perkara yang kita buat, semakin bertimpa-timpa diuji dalam program2 yang diadakan dalam jemaah, semakin manis aku rasa dalam perjuangan ini..
kelebihan orang dalam jemaah juga kuat,walaupun perangainya melahirkan rasa kurang senang orang lain. walaupun percakapan atau perbuatannya menimbulkan keraguan di dalam jemaah..walau siapa pun orang itu, jika dia sudah lama di dalam perjuangan ini, fikrah mereka tetap sama.! dan walau sebanyak mana pecah dan retak di dalam jemaah, kekuatan akan terhimpun dan bersatu semula di saat menghadapi pihak lawan. hati-hati akan bersatu menentang pihak lawan yang mengejar dunia semat-mata.. keindahan berjamaah tak dapat digambarkan!

Dulu aku pelik, kenapa bonda aku tu selalu sibuk ya? dari aku abang sulung aku dilahirkan sampai lah adik bongsu aku dah besar panjang, tapi bonda aku tetap macam tu. walaupun bonda aku selalu sibuk, tapi kami semua alhamdulillah, membesar dengan kekuatan agama yang baik. aku selalu juga tanya bonda, bila nak berhenti dari semua ini?
~ ini jawapan permata hatiku -"Selagi nafas masih dikurniakan Tuhan, selagi tanggungjawab tidak ditarik balik dan juga selagi jemaah tak buang diri bonda ni, selagi itulah bonda akan teruskan perjuangan ini. itu tekad bonda!"
alhamdulillah, sampai sekarang umurku juga sudah hampir mencecah angka 2 dihadapan, bonda masih tetap dengan pendirian itu. walau selalu juga bersungut, tapi gerakan kaki tangan dan seluruh anggota itu masih belum berhenti menabur budi. dan kerana ketegasan itu juga, aku berasa terikat dengan keindahan ini. di sini juga aku temui kehebatan bersahabat sehingga hujung-hujung usia kita..Subhanallah..

sayangnya, dalam jemaah ini ketandusan orang muda..ketandusan otak-otak intelek dan moden mengikut peredaran zaman. bukan tidak ada, tetapi bilangannya terlalu sedikit. sedih. rakan sebaya dengan aku tak mahu bersama dalam jemaah. aku tahu, sebahagian kita takut mencuba. cubalah. kelak keindahan Islam juga akan kita temui dalam kehebatan berjamaah.. Subhanallah..

Semoga setiap jiwa-jiwa muda akan terpanggil untuk mendekatkan diri dengan jemaah yang benar-benar ingin mencari keredhaanNya..^_^