Dec 17, 2011

Konsert Iwan & Ustaz Radzi di Dewan Ustaz Fadhil Noor, Serdang Kedah

ini adalah salah satu slot dalam 2 hari Program Bulan Penerangan Pas kawasan Kulim B/Bharu.. mungkin muda mudi tak kenal sangat dengan kedua-dua artis di atas kerana mereka popular di tahun2 dahulu. Iwan penyanyi lagu jenis dangdut dahulu. manakala Ustaz Radzi dahulu adalah vokalis kumpulan rock Melissa & popular dengan lagu "CINTA UNTUK NABILA". Namun, berkat hidayah Allah, kedua-duanya meninggalkan dunia melaghakan lalu bersama menggunakan dunia hiburan sebagai medan dakwah. CINTA UNTUK NABILA telah ditukar menjadi "CINTA UNTUK NABI KU.." ^_^ Alhamdulillah..semakin ramai artis yang menuju ke Jalan yang diredhai Allah serta membantu menyebarkan agamaNya..

ini sebuah lagu yang sempat dirakam.'SEMUA ALLAH PUNYA'  nyanian IWAN..


menarik juga malam ini, dua orang kurang upaya berusaha datang ke Dewan untuk menyaksikan konsert itu dengan hanya menaiki basikal istimewa mereka..subhanallah..semoga keduaNya diberkati Allah.. Dari IJOK ke SERDANG..atas kesungguhan mereka, Dewan Pemuda telah menghadiahkan mereka T-Shirt Alternative Riding Club (ARC)..^_^






Bulan Penerangan Pas kawasan Kulim ini memang menarik..cuma yang kurangnya sistem tugas agak tidak tersusun.. semoga Pas kawasan Kulim B/Bharu ini akan terus maju dan mantap dalam menganjurkan program.. I.Allah..Amin..

No comments:

Post a Comment