Sep 17, 2011

bila rasa, baru tulis...

hari ni aku rasa nak menulis lepas lama jugak aku tak dak hati nak bercerita. kisah ini kisah benar.ada kena mengena dengan yang hidup, tetapi tidak ada kena mengena dengan yang telah meninggal dunia....

seusai sembahyang asar tadi, aku terdengar perbualan cikgu along, cikgu angah dengan seorang waris anak soleh Pasti. Perbualan mereka berkisar tentang luahan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan Pasti As-Salam ini.Alhamdulillah.. aku rasa bersyukur. sebab? sebab rasa tidak dikhianati walaupun agak perit menelan setiap butir kata hamba Allah itu. mana tidaknya, berhari-hari kami asyik mendengar cerita-cerita yang kurang enak tentang pusat pengajian Islam ini. Namun sayangnya, cerita-cerita itu cuma datang dan pergi umpama angin yang membawa virus. Menyakitkan setiap insan yang disapanya tanpa menjelmakan dirinya yang sebenar. Aduh! sakitnya hati setiap guru yang baru mula melangkah ke dunia kanak-kanak. hati-hati yang belum pernah merasa naluri seorang ibu, apatah lagi ketegasan seorang bapa. Wajarkah kami dipersalahkan andai kami tak dapat memahami perasaan dan kehendak seorang insan bernama kanak-kanak?? Mungkin juga kami yang bersalah!
      Aku sudah mula merasa lemah setiap kali mengenangkan esok ada kelas. akan menghadapi anak-anak soleh yang berpuluh-puluh kerenah. tambahan pula, setiap anak-anak itu mempunyai 2, 3 karakter yang berbeza-beza. ' KEGAGALAN DI AKHIR JALAN BERPUNCA DARI KESILAPAN DITITIK PERMULAAN'. Mungkin cara kami ada salahnya dipermulaan sehinggalah menghasilkan natijah yang kurang memuaskan. Jauh panggang dari api, umpama langit dengan bumi andai dibandingkan  kejayaan Pasti-Pasti lain dengan Pasti yang baru setahun jagung ini. Bertemankan guru-guru yang lansung tidak punya pengalaman dalam industri ini, bersulamkan sikap segelintir waris yang belum mengenal konsep PASTI menyukarkan lagi usaha murni Pasti.

~ ini bukan satu keluhan tapi sekadar luahan hati milik insan bernama guru.

      Ya, masa masih panjang untuk menjana perubahan. kesilapan yang pernah dilakukan boleh dijadikan pengajaran. mungkin untuk guru-guru lain tetapi tidak bagi aku. masa yang bersisa sebulan lebih  ini saja milik aku untuk aku terus 'memberi' sebelum aku akan 'menerima' semula sekaligus mengakhiri tanggungjawabku terhadap anak-anak ini. Mungkin perjuangan aku bukan disini. Mungkin juga bukan waktu ini. semuanya milik Allah. hanya Dia yang tahu apa bahagian ku di dunia ini.
       Hati ini, berharap sangat (sampai tak tahu nak cakap sekuat mana harapan itu!!) agar Pasti ini akan lebih baik dan lebih baik lagi di masa hadapan. Dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Pasti-Pasti yang lain. moga Pasti ini dapat mencapai visi dan misi PASTI. Selamat anak-anak ini bersama keluarga di dunia dan akhirat sebagaima namanya Pasti As-Salam.

~ serahkan dirimu di persada perjuangan dalam mencari redha Tuhan..jalan perjuangan itu bercabang. pilihlah satu cabang dan langkahlah kakimu agar perjalananmu menuju kepadaNya, disulami dengan pengorbanan. kelak dibalas dengan ganjaran. Hanya Allah yang tahu siapa kita disisiNya...- cikgu alang -

No comments:

Post a Comment