Nov 28, 2011

hari-hari kita untuk siapa ya?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, " Sesungguhnya Allah berfirman : Aku mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, sekiranya dia menyangka kepada-Ku dengan baik maka kebaikanlah buatnya dan sekiranya dia menyangka kepada-Ku dengan buruk maka keburukanlah buat dirinya." ( Riwayat Ahmad )

Nov 10, 2011

copy paste!


Bismillahhirrahmanirrahim..
Kisah ini berkisar tentang seorang gadis biasa yang tidak punya sikap luar biasa. Dia tidaklah boleh dikatakan sebagai sebaik-baik hiasan dunia apatah lagi diberi ‘payung syurga’ di akhirat sana. Namun, dia tetap punya kelebihan yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Dunia gadis ini serba sosial. Dari pergaulan hingga ke pekerjaan. Semua memerlukan kehidupan sebagai manusia yang bebas. Dia punya keluarga yang spoting, teman yang berfikiran terbuka juga suasana yang sangat mencabar. Pergaulan dengan bukan mahram sudah menjadi perkara biasa.
  Namun, siapa sangka gadis ini sangat menderita. Jatuh bangun seorang diri. Tidak mahu terus-terusan hanyut dalam dunia moden. Di dada gadis ini, sarat dengan ilmu dan teguran yang tidak terluah. Disimpan kemas didalam hati dek ingin menjaga hati orang sekeliling.
  Gadis ini semakin lama, semakin serasi dengan dunia barunya,- berbanding dunia dulunya yang punya keindahan di sepertiga malam, kesayuan di dalam tahajjudnya, kedinginan didalam taubatnya-. Gadis ini semakin mula mengetepikan segala ilmu yang selama ini diagung-agungkannya. Segala prinsip yang dipegangnya. Namun, dia tetap menjalankan perintah wajib dari ALLAH swt serta tetap menjauhi dosa-dosa besar yang dilarangNya. Didalam hatinya ada bisikan yang sering berbunyi,  ‘berfikiran terbukalah’!
  Seorang lelaki muncul dalam kehidupan sehariannya. Hampir setiap hari pekerjaannya memerlukan bantuan lelaki tersebut. Lelaki itu juga insan biasa. Tidak pernah menuntut ilmu agama dimana-mana madrasah. Namun, lelaki itu punya kelebihan yang sukar ditemui orang lain. Hidayah. Lelaki itu punya hidayah, petunjuk agar menjadi yang lebih baik disisi Allah. Lelaki itu sudah mula mendekati keindahan Islam melalui kuliah-kuliah dimasjid atau didalam internet yang serba mewah. Kehidupannya dari manusia yang terlalu biasa, mula terisi dengan pengisian kerohanian. Terlihat perbezaan yang nyata bagi siapa yang mengenali lelaki itu.
  Hari berganti hari, bulan berganti bulan, gadis itu meneruskan kehidupan sebagai insan biasa. Tanpa diketahui si gadis, rupanya si lelaki menyimpan perasaan pada dirinya. Sampai suatu hari, si lelaki memberanikan diri menyuarakan hasrat hati. Si gadis merasa serba salah. Keliru. Apakah harus disambut rasa yang juga dirasainya? Atau dibiarkan pergi begitu saja?
  Sayang, gadis itu menyambut kasih yang dihulurkan bukan mahramnya. Hubungan berjalan lancar. Namun meraka masih belum serasi bersama. Segan silu sentiasa bertandang dihati masing-masing apabila mata bertemu mata. Berbual tentang hubungan mereka, jauh sekali. Gadis ini sangat beruntung. Kerana?? Dia punya perasaan malu yang selalu menghalang tingkah lakunya.
  3 minggu hubungan ini berlansung. Keluarga kedua belah pihak seakan merestui hubungan ini. Kebahagian seolah-olah dirasai semua orang di sekeliling. Namun siapa tahu, ada hati yang mula bergetar. Ada rasa bersalah di sekeping hati yang dalam ketakutan. Kadang gembira dengan hubungan ini, kadang-kadang menangis kerana hubungan ini. Bukan kerana terluka dengan pasangan tetapi kerana penyesalan yang teramat sangat. Hati itu milik siapa? Milik si gadis. Subhanallah.

Gadis ini tersedar. “Berdosakah apa yang aku lakukan sekarang? Soalan jenis apakah ini? Aku telahpun mempelajarinya dulu. Aku berdosa. Berdosa.”
 Murah airmata gadis ini turun  setiap kali mengenang hubungan yang telah dibina tanpa lafaz dan akad pernikahan. Menangis gadis ini disisi Tuhannya. Memohon petunjuk dan hidayah dariNya serta memohon ampun akan ketelanjurannya. Gadis ini kaget memikirkan si lelaki. “Apa yang patut aku katakan padanya? Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Andai aku tercipta untukknya Ya Allah, Engkau kuatkan lah jodoh kami. Engkau kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai.. Namun andai telah Engkau takdirkan, dia bukan jodohku, Engkau jauhkanlah hati-hati kami Ya Allah. Engkau jauhkanlah kami dari melakukan dosa kepadaMu ya Rabb. Aku pohon Ya Allah.. Hanya kepadaMu tempat ku mengadu.” Doa gadis itu memohon pertolongan Tuhan sekalian alam.
   Segala puji-pujian, hanyalah layak diberikan kepada Pembimbing hati-hati manusia. Pengampun doso-dosa manusia. Pemberi bantuan yang tiada taranya. Subhanallah.
  Suatu hari, si lelaki menyampaikan hasrat hati yang mungkin sekian lama terpendam. Hubungan ini mesti dihentikan. Terkejut si gadis. Kata si lelaki yang baru mengenali keindahan Islam dalam setiap perkara, hubungan ini tak dapat diteruskan dek hukum yang menghalang. Ikatan pernikahan sahaja yang mampu menghalalkannya. Titik. Segalanya berakhir disini. Terima kasih.
  Subhanallah. “Allah tidak akan menguji seseorang itu, melainkan atas kemampuannya.” Allah s.w.t sangat memahami hamba-hambaNya. Dia tahu bahwa gadis ini tak mampu melukakan hati si lelaki dengan memutuskan hubungan yang tak diredhaiNya ini. Lalu Dia tiupkan kesedaran di hati si lelaki. Diberi petujuk dan hidayah agar mengakhiri hubungan ini sebelum di ikat dengan ikatan yang sah.
  Sujud si gadis. Tanda syukur yang tidak terhingga. Besarnya nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Hati si gadis mula tenang. Semakin tenang. Pengalaman menjadikan gadis ini serik. Cukuplah setakat ini aku teranjur melupakan Tuhan. Aku tidak mahu lagi. Gadis ini membawa hati sejauhnya dari cinta manusia. Takut terlanjur lagi. Biarlah Allah Yang Maha Bijaksana yang mengatur jodohku. Itu tekad si gadis.

 * gadis ini sangat beruntung diberi taubat sebelum jauh terlanjur. sedarlah manusia yang melakukan kesilapn. mungkin Allah memberikan kita taubat, tetapi kita tidak menyedarinya. Allah itu Maha Berkuasa atas segalanya. Sedang cinta yang telah 8 tahun berkembang boleh diputuskan dalam tempoh sejam, apatah lagi hubungan yang baru 3 minggu berputik. Segalanya kuasa Allah. Kita hanya perlu yakin. Yakin padaNya. Yakinlah bahawa, REZEKI, JODOH PERTEMUAN, AJAL MAUT, telah ALLAH tetapkan semenjak ditiupkan roh ke dalam jasad kita. Subhanallah.