Jul 20, 2013

ramadhan ditempat orang..


Alhamdulillah. Hari ni hari ke-11 aku di sini.
Rasa nak lari balik aku kawal supaya sejarah lama tidak berulang lagi. Huhu
Aku cuba bertahan. Harap Allah redha jalan yang aku pilih ni. Amin.

KUIS. Ok la. Tempat yg tenang boleh kira. Suasana yang sunyi dengan warna bangunan-bangunan yang suram. Macam bangunan tinggalan British pon ada. Hehe

Kelas dah bermula. Ada yg dah belajar, ada yang baru sesi taaruf. Ada jugak yg terpaksa dibatalkan gara-gara jadual bertindan dengan kelas lain. Situlah asasi situlah degree. Mana nak celuih. Haha

Biarlah. Itu semua kan perlukan masa.

Ramadhan kali ini banyak cabaran jugak ya. Kuala Besut diharap dapat ditawan. Ciptakan satu sejarah 16:16. KUIN Kedah pula hadapi masalah pak menteri yg....entahlah.tak tau dah nak komen. Harap student KUIN berani bangkit bersuara. Biar lahir Adam Adli versi KUIN pulak. J

Walaupun tempat menuntut ilmu aku bukan di KUIN tapi aku tetap rasa ia adalah satu institusi yg patut dibela. Ia juga lahir dari ilham dan semangat ayahanda Ust. Azizan yang sangat suci dan murni.
Jika kuasa ayahanda sebagai Menteri Besar sudah berakhir, tidak semestinya segala usaha keringat yang telah beliau limpahkan juga perlu berakhir. Apa yang perlu dibanggakan dengan menjual kampus istimewa itu kepada pihak lain? Apakah hasil jualan itu lebih menguntungkan daripada kejayaan melahirkan insan cerdik pandai yang tidak terkira ramainya?

Aku masih tercari-cari jawapan kepada persoalan-persoalan ini.

Aku harap ada pihak yang dapat membantu para pelajar KUIN yg berasa ditindas. Bantulah anak-anak muda ini. Permudahkanlah urusan mereka Ya RABB..

Apr 21, 2013

Undilah Pakatan Rakyat.. :)


 Penat. Capek. Semuaa ada. Tapi itulah mehnah perjuangan kan.! Jentera parti di sisi aku ni dah mula menghilangkan diri. Aha..my big boss. Dewan Dato’ Fadhil tu dah jadi rumah beliau sekarang! Anak-anak dah besar, pandai-pandai la nak hidup. Sekarang mak kena bawak tanggungjawab lagggi besar pulok. Hehe..

‘Hah. Mak saja bawa tanggungjawab tak jadi jugak. Anak-anak dah besar dan dah boleh digunakan untuk memenangkan Islam ni..! tak boleh dibiarkan saja. ‘ mungkin itu yang my big boss fikirkan kan? Jadual sudah diatur.! Dalam kesibukan aku di pasti, sudah tersedia jadual aku dalam parti. Inilah kuasa seorang ibu.

Dewan Dato’ Fadhil tu dah jadi tempat percutian aku untuk setiap Jumaat dan Sabtu. Kata mak, beliau wakafkan aku disitu. Aha. Aku anak yang baik.hehe. lagipun memang aku sudah berazam untuk berkhidmat pada jemaah semampu aku. In sha Allah. Moga dipanjangkan usia aku untuk Islam. J

Wah. Penamaan calon dah selamat kelmarin. Berjalan jauh berarak bersama calon. Moga kemenangan berpihak kepada Islam. So, mulai hari inilah jentera2 Parti semua mula rayu undi. Mungkin untuk 14 hari ini, aku terpaksa meninggalkan kelas dan digantikan dengan cikgu lain. Itu perancangan big boss.. perancangan Tuhan siapa yang tahu kan?

Harapan besarlahhh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan. Tukar!!!! Ini kalilah. Moga Allah sentiasa menjaga dan melindungi para pimpinan dari hasutan syaitan-syaitan samada syaitan ori atau syaitan berupa manusia. Allah.

#Pakatan Harapan Rakyat. Jom pakat-pakat kempen.

Ikhlas...mana nak cari eh?

Bulan 4 nie memang bulan busy. aduh. bukan mengeluh tapi biasa la. dah aku manusia yang suka menulis. biar la aku nak tulis..hoho..

hmm..sekarang malam-malam budak mengaji aku bertambah. bukan budak sebenarnya yang bertambah tapi mak budak.! ha, ini yang aku selalu fikir ni. layak ka aku mengajar atau bak kata orang semak bacaan Al-Quran orang lain? aduh. pening. aku terima tugas ni pasai tak dak cikgu lain yang berani ambik tugas ni. bagi aku, sayang la orang nak mengaji tapi kita tak terima. rugi. kita tolong orang dekat dengan Allah, takkan tak dapat saham?

Yang masih baca iqra' pon ada. Allah. bersyukurlah dengan kurniaan Allah dapat belajar Al-Quran dari kecil. tidaklah bila sudah berumur baru mencari kalam Allah tu. rugi. tapi bagus la akak-akak ni sebab mahu belajar dari awal semula demi untuk membaca bait-bait di dalam Al-Quran. berapa ramai manusia diluar sana yang tidak peduli dengan kewujudan kitab suci ni kan? maaf la kak-kak kalau k.lang ni tergarang sikit. biasa la, selalu mengajaq budak-budak. tak betul aku kasi cubit aje terus. hehe. tapi In sha Allah, selama sebulan dua yang masih bersisa sebelum k.lang p mengaji pulak, kita akan cuba semaksima mungkin. caiyok~caiyok..! belajar tu pon dah dapat pahalanya.. :)

aduh. tuisyen budak-budak sk pon aku ambil. aku ni suka sebenarnya sesuatu yang baru. tapi tulah. mungkin badan tak biasa lagi dengan kerja yang banyak menyebabkan aku terlantar demam awai-awai bulan hari tu. mujurlah hanya waktu malam badan lemah teruk.  siangnya boleh pula lawan. mana taknya, bukan aku, siapa nak buat? orang lain ada kerja masing-masing lah.

#busy bertambah bila parlimen sudah dibubarkan. haha. lama tunggu tu.Ingat! undilah Pakatan Rakyat.. :)

Apr 7, 2013

cikgu, darah!!


“Cikgu!! Berdarah. Sakit cikgu!!”

Wah. Berderau darah gua. Aduh. Darah sikit punya banyak. Terkejut. Terus aku tarik budak tu masuk tandas. Basuh bahagian luka. Tepi mata. Sikit sangat-sangat  lagi nak kena mata. Allah. Kejang kaki aku. Dalam luka.. macam mana ni Ya Allah. Aku panggil Maklong yg tengah khusyuk memasak kat luar. Sepantas kilat Maklong masuk ambil madu, habbatussauda dan keturunannya lah. Disapu kat tempat luka. Aku berdiri kat luar tandas. Cuak. Dengar suara Angah.

“Kenapa dengan dia?? Sapa buat??”

“Syamil(bukan nama sebenar) cikgu! Dia cucuk dengan gunting!!”

Aduh..bukan main kecut perut aku dengar. Rasa nak pitam pon ada, tapi agak-agak la kan nak pitam pon, anak aku ni yang tengah sakit. Aduh.

Akhirnya, darah berhenti jugak. Alhamdulillah.

Asyraf (bukan nama sebenar) yang kacukan Malaysia Indonesia tu masih menangis teresak-esak. Sakit tentu sekali. Budak lagi pulak tu. My big boss cuba call mak dia, kami nak bawa ke klinik. Cuba banyak kali tapi tak dapat. Keputusan dibuat, aku diarahkan ikut abah bawak budak tu ke klinik. Sasaran kami Klinik 1Malaysia. Bukan pasai sambut seruan kerajaan tapi pasai waris anak Pasti ada kerja situ. Senang sembang. Betul.

Sampai kat klinik milik kerajaan tu, aku bawa Asyraf masuk. Aku dipanggil oleh doktor.(tapi aku agak dia bukan doktor).

“Maaf saya tak boleh buat. Saya tutup luka ni dan saya akan call ke hospital lama. Cik kena bawa ke sana. Luka dalam ni.”

Wahwah..doktor ni betul menambahkan ketinggian suhu ketaq aku. Ok. Kami gerak ke hospital lama. Asyraf pon dah diam lepas aku pujuk tadi. Senyap saja ikut aku ngan ‘tokwan’(abah aku).

Sampai di hospital lama tu, aku ambik no, daftar dia dan kena tunggu giliran. No 1. Aiseh. Sekarang no 36. Bila nak jadi satunya balik? Sabar tunggu. Ayah Asyraf mai. Wah, naik lagi suhu ketaq aku. Ayah mana tak risau anak dia kemalangan kat sekolah. Cerita sebenar kejadian aku masih xtau. Yg aku tau diorang bergaduh berebut gunting. Itu aku jawab kat ayah dia. Marah ayah dia kat Asyraf. Aku Nampak Asyraf lap air mata dia. Wah. Meruntun naluri keibuan aku.

Dari pukul 12.30 aku kat situ, dapat masuk jumpa doktor sekitar jam 1 suku la. Ayah dia masuk dulu. Kemudian dia keluar balik panggil aku. Hah. Sudah. Kena jahit dan doktor sini tak berani nak jahit pasai dekat sangat dengan mata (doktor perempuan). Kena bawa ke Hospital Kulim. Ayah dia terpaksa masuk balik kerja. Mesej big boss masuk.

‘Selawat banyak2. Baca Al-Fatihah sampai jumpa umi dia. Jangan cakap kasar langsung. Tunggu sampai selesai semua.’

Terbayang2 reaksi umi Asyraf. Kami pergi ambil umi Asyraf kat tempat kerja dia dan terus ke hospital. Umi dia nampak ok, releks aje. Faham perangai budak. Sepanjang perjalanan ke hospital umi dia nasihat supaya tak berebut lagi dengan kawan. Kasih ibu. Dah la anak bongsu dia ni. 

Sampai kat hospital terus ke bahagian kecemasan. Jam dah nak dekat pukul 2 petang. Asyraf dan umi dia masuk jumpa doktor. Mujur di sini mengamalkan sistem mengutamakan kes-kes kecemasan. Lama menunggu diluar gara-gara ‘guard’ India tu xbagi masuk. Aku berkira-kira nak pergi solat dekat surau belakang cafeteria tu. Mintak no fon umi Asyraf dekat big boss. Dapat. Tapi aku tak mesej pon umi dia. Aku terus jumpa guard tadi dan minta dia sampaikan pesanan aku kalau-kalau diorang dah selesai rawatan. Aku pegi solat. Terserempak abah. Dia ajak makan. Tak la kot. Tak dak selera.

Selesai solat, tunggu balik dekat tempat tadi. Aku teringat no umi Asyraf yang big boss bagi tadi. Aku sent mesej minta umi Asyraf dapatkan laporan doktor supaya dapat klaim takaful PASTI nanti.Mesej my big boss masuk.

‘Afif cerita, Hafiz kilas tangan Asyraf ke belakang dan Syamil cucuk dengan gunting.’

Ya Allah. Kiranya aku rebah kat sini, naya kena masuk wad terus ni. Mesej big boss tak mampu aku balas. Diam. tak tergamak aku nak cerita pada umi Asyraf. biar dia tahu dari orang lain. aku tak mampu nak cerita.

5 jarum digunakan untuk jahit luka Asyraf. Menangis meraung anak kecil tu bila dijahit terus selepas dibius ubat kebas. Mungkin sebab ubat tu belum bertindak, doktor dah bertindak dulu. Mau tak sakit gila. Cerita si umi aku simpan kemas dalam otak. Aku nak balik cerita nanti.

Setelah puas pusing bahagian kecemasan hospital tu, jam 3 lebih baru selesai dan kami balik. Hantar mereka berdua sampai ke depan pintu rumah. Pesanan terbaru big boss aku luahkan.

“kak, saya mintak maaf atas apa yang jadi. Kalau ada apa-apa masalah akak hubungi kami ya.”

“Saya faham, biasalah budak-budak. Saya tak apa. ok. Terima kasih banyak cikgu.”

Jumaat Sabtu berlalu dengan baik walaupun aku mengalami sakit perut dan terpaksa berulangkali ke tandas. Ini semua gara-gara takut,fikir banyak dan asyik teringat kejadian tu. agaknya kelenjar endokrin aku telah merembeskan hormon yang berlebihan kot. Haha..

Ahad. Aduh. Umi dan ayah Asyraf datang bersama mangsa kejadian (Asyraf). Sudah, serius aje muka. Aku agak, sudah ada orang taman yang menceritakan kisah ‘buli’ tempoh hari. Kali ni aku tak mampu selesai. Aku dah datang balik sakit perut. Aku minta big boss pergi jumpa mereka. Big boss aku ni memang power. Tadi orang tu datang dengan wajah kelat, sekarang sudah bisa senyum bah. Alhamdulillah. Baik-baik cakap sudah lega. Umi Asyraf cari Syamil. Syamil buat keras aje. Geram pulak hati kite nie! Sesi minta maaf berlalu sebaik Syamil sekadar menyentuh tangan Asyraf tanpa melihat wajah yg dilukainya. Bertambah geram cekgu ekau ni tau..!

“Syamil dah cerita dekat mak, tapi mak tak kata apa pon,” ujar Syamil sambil senyum sampai ke telinga.

Aiyya. Mau naik darah gua membuak-buak macam gunung berapi. Sebelum gunung berapi meletus, aku diam tak menjawab. Aku kira mak dia ni terlalu selamba. Allah. Malas nak kata apa-apa, aku biar.
Sekarang perut sudah lega tapi aku rasa angin yang membawa cerita sensasi ini masih bertiup kencang di kawasan perumahan ni. Lantaklah. Aku tak nak fikir semua tu. Besar-besar mulut tempayan boleh jugak tutup, kecik-kecik mulut manusia siapa yg boleh kawal. Bercakaplah selagi berita panas ini masih panas. Esok sejuk tak sodap pula. Kan?

Aku harap sangat mak Syamil ambil tindakan apa-apa pada Syamil supaya anak ini tak terbiasa dan tak naik lemak. Kelak, lemak dah berkilo-kilo baru nak buang, kan dah menyusahkan.

Ok. Selesai cerita aku. Ini kisah benar.! Aku abadikan kenangan perit ini di sini supaya aku dapat membacanya semula nanti. Didiklah anak-anak kalian dengan baik.. Sekian.

#thanks a lot to my big boss…(mak). Sepanjang aku seriauu berada di hospital tu, beliau tak putus-putus bagi semangat. sayang big boss!



Mar 25, 2013

sedikit pening ~

sesi kehidupan 2013 aku bermula dengan baik sampai awal bulan 3.

risau mula bertandang bila laman Facebook mula dipenuhi dengan post2 berkaitan result SPM.

sedikit cuak + ketaq. 

sampai result dah ada kat tangan. ok. syukur. pening satu dah berlalu. redha.

mai pulak pening satu. nak sambung study. 

kalut isi borang upu. harap diterima di UPSI or lain2. 

 ~ Diploma of Early Childhood Education.

itu permintaan my big boss. harap agar 'good girl' beliau ni dapat mantapkan usaha parti untuk tunas-tunas Islam di negara ini.

fikir punya fikir, mungkin ada baiknya kan?

usaha mencari tempat tadah ilmu diteruskan. otak, kaki, tangan ligat berusaha. moga semangat tak pudar.

khidmat nasihat tetap diperlukan. :)