May 18, 2011

cerita cikgu..


setiap anak murid, bermacam ragamnya. setiap guru berlainan caranya. namun matlamatnya tetap satu.

~untuk melahirkan generasi berilmu!!

dari PASTI @ tadika ke sekolah rendah dan menengah...seterusnya ke pusat pengajian yang lebih tinggi.

> sebagai pelajar...
16 Mei 2011
* message sent. 1 message received. 2..3.. seronok bukan main. sebab? dapat mesej la..agak2 siapa??

orang istimewa.

guru2 dari MUASSASAH. hehe..rasa syukur sangat kerana Tuhan masih beri aku peluang untuk menunjukkan bukti penghargaan dan ingatan untuk guru2.

balasan mesej dari murabbi2 sedikit sebanyak mengurangkan bebanan rindu pada mereka.

 6 tahun aku dididik dengan ilmu2 ALLAH. dari perkataan, perbuatan serta teguran mereka, melahirkan aku yang sekarang. walau tak sebaik2 wanita solehah. cukup sekadar aku masih bernafas dalam Nur Nya.

itu cukup menjadikan aku hamba yang perlu bersyukur.

terima kasih guru..


                *                         *                      *                             *                                  *

> sebagai cikgu.

pertama kali tarikh 16 Mei menjadi lebih bermakna..haha..bangga??

yup. memang. aku sangat bangga. 

aku bangga kerana aku telah temui salah satu jalan dakwahku. kalian? aku harap kalian juga akan menemuinya.

walaupun hanya 2 3 pelajar sahaja yang memberi penghargaan melalui ucapan, kad juga hadiah, namun ia cukup membuatkan aku rasa dihargai. itu hati aku ketika menjadi seorang guru.

agaknya, apa perasaan guru2 kita bila kita turut menunjukkan rasa penghargaan kepada mereka.??
fikir2kanlah.

namun, penghargaan itu sebenarnya hanyalah sesuatu yang seketika.

hayati dan fahamilah...

* akim. burung helang apa dalam bi? EAGLE. rusa? DEER. pagar? GATE. patung? DOLL. bla bla bla...

*adam. kuning dalam bahasa arab? ASFARUN. hijau? AKHDHORUN. hitam? ASWADUN. bla bla bla..

*adib baca ikrar pertama...>RADHITUBILLAH................ALLAHUAKBAR!<

tiada yang lebih membahagiakan hati seorang guru melainkan dapat melihat anak didiknya mampu menerima segala ilmu yang disampaikan. apatah lagi mengamalkannya.

dan inilah yang mengikat aku dengan dunia perguruan..

>>tak perlu kita berbangga dengan kehebatan guru kita. tapi biarlah GURU kita berbangga dengan kehebatan kita.!!

                                jangan lupa masukkan guru2 didalam doa harian kita!!

1 comment:

  1. "Selamat Hari Guru sahabatku.."
    Moga sentiasa sabar & thabat dalam kerja memanusiakan manusia, biar dikeji manusia harap dipuji yang Esa, moga redha & rahmat mengiringimu selalu.. :)

    ReplyDelete