Oct 29, 2011

oh bulan...!!

  aku curi2 masa ja ni..biasalah sejak mak aku pon layan fb ni, payah sket nak online n nak menulis ni. aku pon mls sama..hehe..
  aku da cerita tentang bulan! logik tak logik nak percaya tak nak, terserah kat korang la..huhu..aku tukang menyampai je..^_^
  dua minggu lepas kot tak silap, aku ada join kem pengurusan organisasi Nisa' dekat Langkawi. mujur aku punya mabuk laut dah hilang, lau tidak teruk jgk aku..
ada la satu slot tu, bersama kak Mas, dari SPIES Selangor. tentunya orang BULAN! slot akak ni memang best. seronok. mak aku pon puji. ukhuwah beliau dengan Nisa' sini memang kuat. Tapi aku bukan nk cerita pasal dia ni bulan ke, bintang ke matahri ke..tapi aku nak cerita tentang cerita yang beliau cerita! bagi aku menarik. lau korang rasa tak menarik, tak payah layan lah..hehe

cerita dia macam ni...
 " kak mas adalah bagi ceramah motivasi dekat sebuah program DKPP ( Dewan Kelab Penyokong Pas ).. kak mas bagi punya bagi..mcm biasa, macam dekat tempat yang kak mas selalu bagi tapi sebab kak mas tahu, bukan semua dlm dewan tu orang Islam, kak mas usaha menggunakan perkataan Tuhan untuk menjaga hati mereka. selepas selesai slot kak mas, datang seorang lelaki yang agak tualah kat kak mas. nak ckp dengan kak mas. cerita lelaki tersebut, dia adalh seorang paderi. masih seorang paderi. dia ucap terima kasih kat kak mas. dan dia cerita pada kak mas, mcm mana dia boleh join kelab ni. Sebagai seorang paderi, dia sangat2 risau tentang mslh remaja sekarang. Dia rasa dunia dah teruk. Dia jd runsing memikirkan masalah manusia.
  Sampai suatu hari, dia bermimpi nampak sesuatu warna hijau. Dan ada BULAN warna putih ditengah. Dia tak tahu apa benda tu. Dan ada suara yang cakap kat dia, “ini boleh bantu selesaikan masalah yang sedang kau hadapi.” Dia fikir, apabenda warna hijau putih tu. Lalu dia cerita mimpi tu kat anak dia. Kebetulan anak dia baru sahaja mula berjinak-jinak dengan kelab ni.anak dia pon katalah, oh,,itu Pas. orang yang paling tinggi dalam Pas ni ialah MB Kelantan. Dia tekad nak cari Tok Guru Nik Aziz. Dia pergi ke Kelantan. Dan tanya orang, di mana rumah MB? Lalu, orang tu bagitau jalan, sekian, sekian. Dia cari tapi tak jumpa. Dia tanya lagi orang. Kebanyakan orang cakap dekat2 kedai lalat. Dia bersa kagum. Ramai orang tahu rumah MB mereka. Tapi kalau tanya aku, memang aku tak tahu mana rumah MB negeri aku.(dia la kata)Cari punya cari, dia jumpa. Sampai depan rumah Tok Guru, dia terkejut. Macam ni saja rumah MB.dia dapat rasa yang dia tak salah pilih orang. Sah, memang mimpi aku tu tak salah. Bila dia jumpa dengan Tok Guru. Bertambahlah keyakinan dia terhadap Pas. Orang macam ni baru layak memerintah katanya. Dan sejak itulah dia bersama kelab ini dengan yakinnya.”

  Lau tak silap aku, paderi ni India kot.Apa yang dibualkan dengan Tok Guru, aku tak tahu. Tak pulak kak Mas cerita. Bila aku dengar, lagi semangat nak bantu gerakan ini dalam menghadapi PRU akan datang. Aku harap, pak paderi tu akan nampak keindahan Islam yang sebenar. Sesungguhnya hidayah itu milik siapa saja yang dikehendakiNya.. Allahhuakbar.,

~ Sejahtera dikekal...pincang diranap..!!

1 comment: