Nov 24, 2012

Aku hanyalah seorang Hawa


ceh tajuk!! :D Nama aku Hawa. Tapi bukan Ain Hawani dalam Adam & Hawa yg tengah top sekarng nih. Umur aku dah cecah 20-an. Muka aku ala-ala wanita bekerjaya plus matang.(kata org okeh)tapi, yang aku tak boleh ubah ialah perangai aku. Kalau orang tak kenal selalu cakap aku sombong. Ye ke? Tak kot. Huhu. Cuma aku memang tak pandai cover muka matang aku neh. Hehe. 

 Aku biasa-biasa saja orangnya. Nak kata baik , huh.malu kalau jumpa member2 sekolah menengah dulu. Nak kata jahat , aisy. Tak kot. Pakai? Aku tutup aurat elok la. Cuma tak lah pakai tudung labuh litup, berjubah or berkurung selalu. Tak jugak cakap dengan org guna ana enta enti.  Jauh sekali berniqab.  Aku bukan jugak gadis yg sentiasa menundukkan pandangan dari bukan muhrim,or gadis yg bercakap dengan lelaki hanya di sebalik tabir.

Memang. Memang aku berasal dari sebuah pusat pendidikan agama yg sepatutnya bila dah graduate dari situ, aku akan jadi gadis macam aku cakap tadi. Tapi aku tak nak jadi hipokrit. Aku mahukan kesederhanaan. Walaupun aku tahu orang ramai berfikiran bahawa wanita2 yg lemah lembut,dan segala peel yg baik di atas tu ialah wanita ‘solehah’. Bukan aku tak nak jadi macam tu, cuma ni hah, badan aku memang tak pandai buat lemah lembut. Aku kira sikap ini dah sebati mungkin. Huhu. Aku tak peduli apa orang kata, yg aku tahu *wanita solehah tak semestinya kena lemah lembut. Berjubah sepanjang hari atau sentiasa bertutur dengan gelaran diri ana enti.*

Solehah? Siapa tak nak title tu?orang bodoh je tak nak. Tapi title tu manusia yg guna utk menilai seseorang secara luaran. Orang2 tahu ke apa penilaian Allah atas seseorang tu.. gadis biasa macam aku boleh ke dapat title tu? Hmm…ada aku kesah? Aku tak perlu title tu drpd manusia. Aku perlu dariNya. Aku tahu cara aku berpakaian mungkin tak se’solehah’ sebahagian hawa2 di luar sana. Tapi cukup aku ingat dan amalkan di mana wajibnya dan di mana haramnya. Sunat? Itu antara aku dengan Dia.

Couple? Aku layan tak?sama sekali tidak. Itu satu fenomena yg tak tertelan dek tekak aku neh. Soal neh aku tak suka sangat. Jiwa aku tak qeti benda2 mcm neh. Huhu. Aku kawan je dengan lelaki, bukan tak kawan. Cuma utk jadikan yg ter’istimewa’ tu memang aku tak jumpa lagi. Kenapa eh? Bukan tak dak orang nak okeh. Bukan jugak aku memilih. Habis,dh semua bukan apa yang kan??hehe..aku ada sebab2 aku.

*sebab aku rasa Tuhan belum gerakkan hati aku ni utk sesiapa.*

*sebab aku tak percaya pada hubungan sebelum kahwin*(yela dh bnyk contoh yg jadi dpn mata aku!)

*aku takut nak letak sayang aku utk mana2 lelaki sbb aku ada satu ja perasaan sayang dlm hati ni. Kalau ada yg rosakkan rasa ni, habislah aku. Utk suami aku nanti, mana nk cilok sayang lagi..huhu

Itu semua yg penting2 je, ada byk lagi sebab.hehe..bab hati, aku cukup jaga. Aku tak bagi chance langsung utk sapa2 lukakan aku. Allah tahu aku tak kuat kalau terluka.sebab tu Dia lindungi hati aku ne sampai sekarang. Takkan tak pernah suka dan kecewa lansung kot??haha..pernah..bukan tak pernah. Sikit jeh dan aku masih berjaya tanganinya. Kadang2 aku saja letak ego aku setinggi langit supaya tak dak siapa boleh jatuhkan ia. Memang sifat tu tak baik kan? Tapi salahkan aku nk jaga hati aku? Tak kan. Ini ego versi baik lah. ^^

Soal jodoh, aku letak pada Allah seratus peratus. Ada jugak etika yg telah aku gariskan secara tak langsung dalam otak neh. Tapi itu sekadar apa yg aku nak. Aku tahu, apa yg aku dapat nanti, jauh lebih baik utk aku. Antaranya :

*orang beriman lah semestinya.

*tak ustaz2 pn tak pa asalkan tahu juga hukum2 agama.

*sembahyang fardhu setiap 5 waktu di masjid atau surau.(kecuali keuzuran)

*garang daripada aku.(aku garang sangat ke? Ya la kot.)

*baca Al-Quran memang pandai. (Nk aku ajarkan pon boleh.tk de hal. ^^)

*Mesti org PAS! (hehe, perlu ka? Perlu! Sebab aku dah mula berjinak2 dengan jemaah neh.aku harap suami aku nanti tak halang semangat juang aku ne.. :D)

*tambahan+apa salahnya kan kalau aku nak orang yg turut sama berjuang dlm jemaah kan kan? (walaupun dia hanya penggerak di belakang tabir.)

Hisy,bnyak betul.mengada mcm kita tu baik sangat. Memang tak baik, sbb tu nak cari yg boleh bagi aku jadi baik kan??tapi aku tak kisah jika Allah dah takdirkan aku dengan orang yg aku perlu bawa mengenal Islam. Itu hak Dia. Aku tahu Dia lebih mengetahui atas segala sesuatu. Kisah hidup manusia mcm2 hiasannya. Ada yg corak pergh…memang sukar tp hasilnya terrrbaikk..! ada jugak yg corak dia mudah, hasilnya juga baik. J dan aku yakin,corak kehidupan yg Allah telah lakarkan utk aku adalah yg terrbaikk!!

+Fakta : Nama aku Hawa? Yelah sebab aku dilahirkan sebagai salah seorang kaum HAWA. Adamnya?? Biarlah Allah simpan rahsia itu sampai masanya tiba..*

#di saat kamu benar2 berpegang pada Allah, kamu kira Dia akan melepaskan tangan kamu??#