Dec 16, 2011

Dewan...

hmm..campur dengan hari ni, dah 2 ke 3 hari aku berulang ke dewan serba indah ini..walaupun agak kekurangan segala kemudahan namun dewan ini telah banyak berbakti sejak ditubuhkan lagi...

~'Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor'~

nama glamor yang diberikan untuk dewan ini..nama insan yang banyak menyumbangkan segala tenaga dan kekuatan untuk keindahan Agama ISLAM & juga kemuliaan perjuangan Parti Islam Semelaysia ( PAS ).. Subhanallah..rindunya pada Ustaz. Dulu aku pernah bercita-cita nak bersalaman dengan ustaz. masa tu aku masih kecil...tapi tak kesampaian bila ALLAH lebih sayangkan beliau..

Teringat juga pada arwah ayah aku.. beliau sangat2 sayang pada Ustaz..masa hari Allah jemput ustaz pulang kesisinya.. ayah menangis..terpaksa melepaskan insan yang cukup dikagumi itu.. ayah juga bercita-cita untuk meninggal dalam keadaan berdarah dan berpenyakit macam ustaz. kata orang, meninggal dunia disebabkan penyakit beruntung. aku pun tak tau kenapa dan apa kelebihannya.. tak sangka permintaan ayah dikabulkan Tuhan. Ayah benar2 meninggal disebabkan penyakit & mengalami pendarahan. dan syukur, aku sempat berada disisi ayah disaat hembusan nafas terakhir beliau. Alhamdulillah.. Al-Fatihah

~ semakin hari semakin takut pula aku nak melangkah kaki kedunia pengajian semula..hati rasa terikat dengan jemaah.. Ya Allah..hebat kuasa jemaah ini!! semakin banyak perkara yang kita buat, semakin bertimpa-timpa diuji dalam program2 yang diadakan dalam jemaah, semakin manis aku rasa dalam perjuangan ini..
kelebihan orang dalam jemaah juga kuat,walaupun perangainya melahirkan rasa kurang senang orang lain. walaupun percakapan atau perbuatannya menimbulkan keraguan di dalam jemaah..walau siapa pun orang itu, jika dia sudah lama di dalam perjuangan ini, fikrah mereka tetap sama.! dan walau sebanyak mana pecah dan retak di dalam jemaah, kekuatan akan terhimpun dan bersatu semula di saat menghadapi pihak lawan. hati-hati akan bersatu menentang pihak lawan yang mengejar dunia semat-mata.. keindahan berjamaah tak dapat digambarkan!

Dulu aku pelik, kenapa bonda aku tu selalu sibuk ya? dari aku abang sulung aku dilahirkan sampai lah adik bongsu aku dah besar panjang, tapi bonda aku tetap macam tu. walaupun bonda aku selalu sibuk, tapi kami semua alhamdulillah, membesar dengan kekuatan agama yang baik. aku selalu juga tanya bonda, bila nak berhenti dari semua ini?
~ ini jawapan permata hatiku -"Selagi nafas masih dikurniakan Tuhan, selagi tanggungjawab tidak ditarik balik dan juga selagi jemaah tak buang diri bonda ni, selagi itulah bonda akan teruskan perjuangan ini. itu tekad bonda!"
alhamdulillah, sampai sekarang umurku juga sudah hampir mencecah angka 2 dihadapan, bonda masih tetap dengan pendirian itu. walau selalu juga bersungut, tapi gerakan kaki tangan dan seluruh anggota itu masih belum berhenti menabur budi. dan kerana ketegasan itu juga, aku berasa terikat dengan keindahan ini. di sini juga aku temui kehebatan bersahabat sehingga hujung-hujung usia kita..Subhanallah..

sayangnya, dalam jemaah ini ketandusan orang muda..ketandusan otak-otak intelek dan moden mengikut peredaran zaman. bukan tidak ada, tetapi bilangannya terlalu sedikit. sedih. rakan sebaya dengan aku tak mahu bersama dalam jemaah. aku tahu, sebahagian kita takut mencuba. cubalah. kelak keindahan Islam juga akan kita temui dalam kehebatan berjamaah.. Subhanallah..

Semoga setiap jiwa-jiwa muda akan terpanggil untuk mendekatkan diri dengan jemaah yang benar-benar ingin mencari keredhaanNya..^_^

No comments:

Post a Comment