Apr 21, 2013

Undilah Pakatan Rakyat.. :)


 Penat. Capek. Semuaa ada. Tapi itulah mehnah perjuangan kan.! Jentera parti di sisi aku ni dah mula menghilangkan diri. Aha..my big boss. Dewan Dato’ Fadhil tu dah jadi rumah beliau sekarang! Anak-anak dah besar, pandai-pandai la nak hidup. Sekarang mak kena bawak tanggungjawab lagggi besar pulok. Hehe..

‘Hah. Mak saja bawa tanggungjawab tak jadi jugak. Anak-anak dah besar dan dah boleh digunakan untuk memenangkan Islam ni..! tak boleh dibiarkan saja. ‘ mungkin itu yang my big boss fikirkan kan? Jadual sudah diatur.! Dalam kesibukan aku di pasti, sudah tersedia jadual aku dalam parti. Inilah kuasa seorang ibu.

Dewan Dato’ Fadhil tu dah jadi tempat percutian aku untuk setiap Jumaat dan Sabtu. Kata mak, beliau wakafkan aku disitu. Aha. Aku anak yang baik.hehe. lagipun memang aku sudah berazam untuk berkhidmat pada jemaah semampu aku. In sha Allah. Moga dipanjangkan usia aku untuk Islam. J

Wah. Penamaan calon dah selamat kelmarin. Berjalan jauh berarak bersama calon. Moga kemenangan berpihak kepada Islam. So, mulai hari inilah jentera2 Parti semua mula rayu undi. Mungkin untuk 14 hari ini, aku terpaksa meninggalkan kelas dan digantikan dengan cikgu lain. Itu perancangan big boss.. perancangan Tuhan siapa yang tahu kan?

Harapan besarlahhh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan. Tukar!!!! Ini kalilah. Moga Allah sentiasa menjaga dan melindungi para pimpinan dari hasutan syaitan-syaitan samada syaitan ori atau syaitan berupa manusia. Allah.

#Pakatan Harapan Rakyat. Jom pakat-pakat kempen.

No comments:

Post a Comment