Apr 7, 2013

cikgu, darah!!


“Cikgu!! Berdarah. Sakit cikgu!!”

Wah. Berderau darah gua. Aduh. Darah sikit punya banyak. Terkejut. Terus aku tarik budak tu masuk tandas. Basuh bahagian luka. Tepi mata. Sikit sangat-sangat  lagi nak kena mata. Allah. Kejang kaki aku. Dalam luka.. macam mana ni Ya Allah. Aku panggil Maklong yg tengah khusyuk memasak kat luar. Sepantas kilat Maklong masuk ambil madu, habbatussauda dan keturunannya lah. Disapu kat tempat luka. Aku berdiri kat luar tandas. Cuak. Dengar suara Angah.

“Kenapa dengan dia?? Sapa buat??”

“Syamil(bukan nama sebenar) cikgu! Dia cucuk dengan gunting!!”

Aduh..bukan main kecut perut aku dengar. Rasa nak pitam pon ada, tapi agak-agak la kan nak pitam pon, anak aku ni yang tengah sakit. Aduh.

Akhirnya, darah berhenti jugak. Alhamdulillah.

Asyraf (bukan nama sebenar) yang kacukan Malaysia Indonesia tu masih menangis teresak-esak. Sakit tentu sekali. Budak lagi pulak tu. My big boss cuba call mak dia, kami nak bawa ke klinik. Cuba banyak kali tapi tak dapat. Keputusan dibuat, aku diarahkan ikut abah bawak budak tu ke klinik. Sasaran kami Klinik 1Malaysia. Bukan pasai sambut seruan kerajaan tapi pasai waris anak Pasti ada kerja situ. Senang sembang. Betul.

Sampai kat klinik milik kerajaan tu, aku bawa Asyraf masuk. Aku dipanggil oleh doktor.(tapi aku agak dia bukan doktor).

“Maaf saya tak boleh buat. Saya tutup luka ni dan saya akan call ke hospital lama. Cik kena bawa ke sana. Luka dalam ni.”

Wahwah..doktor ni betul menambahkan ketinggian suhu ketaq aku. Ok. Kami gerak ke hospital lama. Asyraf pon dah diam lepas aku pujuk tadi. Senyap saja ikut aku ngan ‘tokwan’(abah aku).

Sampai di hospital lama tu, aku ambik no, daftar dia dan kena tunggu giliran. No 1. Aiseh. Sekarang no 36. Bila nak jadi satunya balik? Sabar tunggu. Ayah Asyraf mai. Wah, naik lagi suhu ketaq aku. Ayah mana tak risau anak dia kemalangan kat sekolah. Cerita sebenar kejadian aku masih xtau. Yg aku tau diorang bergaduh berebut gunting. Itu aku jawab kat ayah dia. Marah ayah dia kat Asyraf. Aku Nampak Asyraf lap air mata dia. Wah. Meruntun naluri keibuan aku.

Dari pukul 12.30 aku kat situ, dapat masuk jumpa doktor sekitar jam 1 suku la. Ayah dia masuk dulu. Kemudian dia keluar balik panggil aku. Hah. Sudah. Kena jahit dan doktor sini tak berani nak jahit pasai dekat sangat dengan mata (doktor perempuan). Kena bawa ke Hospital Kulim. Ayah dia terpaksa masuk balik kerja. Mesej big boss masuk.

‘Selawat banyak2. Baca Al-Fatihah sampai jumpa umi dia. Jangan cakap kasar langsung. Tunggu sampai selesai semua.’

Terbayang2 reaksi umi Asyraf. Kami pergi ambil umi Asyraf kat tempat kerja dia dan terus ke hospital. Umi dia nampak ok, releks aje. Faham perangai budak. Sepanjang perjalanan ke hospital umi dia nasihat supaya tak berebut lagi dengan kawan. Kasih ibu. Dah la anak bongsu dia ni. 

Sampai kat hospital terus ke bahagian kecemasan. Jam dah nak dekat pukul 2 petang. Asyraf dan umi dia masuk jumpa doktor. Mujur di sini mengamalkan sistem mengutamakan kes-kes kecemasan. Lama menunggu diluar gara-gara ‘guard’ India tu xbagi masuk. Aku berkira-kira nak pergi solat dekat surau belakang cafeteria tu. Mintak no fon umi Asyraf dekat big boss. Dapat. Tapi aku tak mesej pon umi dia. Aku terus jumpa guard tadi dan minta dia sampaikan pesanan aku kalau-kalau diorang dah selesai rawatan. Aku pegi solat. Terserempak abah. Dia ajak makan. Tak la kot. Tak dak selera.

Selesai solat, tunggu balik dekat tempat tadi. Aku teringat no umi Asyraf yang big boss bagi tadi. Aku sent mesej minta umi Asyraf dapatkan laporan doktor supaya dapat klaim takaful PASTI nanti.Mesej my big boss masuk.

‘Afif cerita, Hafiz kilas tangan Asyraf ke belakang dan Syamil cucuk dengan gunting.’

Ya Allah. Kiranya aku rebah kat sini, naya kena masuk wad terus ni. Mesej big boss tak mampu aku balas. Diam. tak tergamak aku nak cerita pada umi Asyraf. biar dia tahu dari orang lain. aku tak mampu nak cerita.

5 jarum digunakan untuk jahit luka Asyraf. Menangis meraung anak kecil tu bila dijahit terus selepas dibius ubat kebas. Mungkin sebab ubat tu belum bertindak, doktor dah bertindak dulu. Mau tak sakit gila. Cerita si umi aku simpan kemas dalam otak. Aku nak balik cerita nanti.

Setelah puas pusing bahagian kecemasan hospital tu, jam 3 lebih baru selesai dan kami balik. Hantar mereka berdua sampai ke depan pintu rumah. Pesanan terbaru big boss aku luahkan.

“kak, saya mintak maaf atas apa yang jadi. Kalau ada apa-apa masalah akak hubungi kami ya.”

“Saya faham, biasalah budak-budak. Saya tak apa. ok. Terima kasih banyak cikgu.”

Jumaat Sabtu berlalu dengan baik walaupun aku mengalami sakit perut dan terpaksa berulangkali ke tandas. Ini semua gara-gara takut,fikir banyak dan asyik teringat kejadian tu. agaknya kelenjar endokrin aku telah merembeskan hormon yang berlebihan kot. Haha..

Ahad. Aduh. Umi dan ayah Asyraf datang bersama mangsa kejadian (Asyraf). Sudah, serius aje muka. Aku agak, sudah ada orang taman yang menceritakan kisah ‘buli’ tempoh hari. Kali ni aku tak mampu selesai. Aku dah datang balik sakit perut. Aku minta big boss pergi jumpa mereka. Big boss aku ni memang power. Tadi orang tu datang dengan wajah kelat, sekarang sudah bisa senyum bah. Alhamdulillah. Baik-baik cakap sudah lega. Umi Asyraf cari Syamil. Syamil buat keras aje. Geram pulak hati kite nie! Sesi minta maaf berlalu sebaik Syamil sekadar menyentuh tangan Asyraf tanpa melihat wajah yg dilukainya. Bertambah geram cekgu ekau ni tau..!

“Syamil dah cerita dekat mak, tapi mak tak kata apa pon,” ujar Syamil sambil senyum sampai ke telinga.

Aiyya. Mau naik darah gua membuak-buak macam gunung berapi. Sebelum gunung berapi meletus, aku diam tak menjawab. Aku kira mak dia ni terlalu selamba. Allah. Malas nak kata apa-apa, aku biar.
Sekarang perut sudah lega tapi aku rasa angin yang membawa cerita sensasi ini masih bertiup kencang di kawasan perumahan ni. Lantaklah. Aku tak nak fikir semua tu. Besar-besar mulut tempayan boleh jugak tutup, kecik-kecik mulut manusia siapa yg boleh kawal. Bercakaplah selagi berita panas ini masih panas. Esok sejuk tak sodap pula. Kan?

Aku harap sangat mak Syamil ambil tindakan apa-apa pada Syamil supaya anak ini tak terbiasa dan tak naik lemak. Kelak, lemak dah berkilo-kilo baru nak buang, kan dah menyusahkan.

Ok. Selesai cerita aku. Ini kisah benar.! Aku abadikan kenangan perit ini di sini supaya aku dapat membacanya semula nanti. Didiklah anak-anak kalian dengan baik.. Sekian.

#thanks a lot to my big boss…(mak). Sepanjang aku seriauu berada di hospital tu, beliau tak putus-putus bagi semangat. sayang big boss!



No comments:

Post a Comment