Apr 21, 2013

Ikhlas...mana nak cari eh?

Bulan 4 nie memang bulan busy. aduh. bukan mengeluh tapi biasa la. dah aku manusia yang suka menulis. biar la aku nak tulis..hoho..

hmm..sekarang malam-malam budak mengaji aku bertambah. bukan budak sebenarnya yang bertambah tapi mak budak.! ha, ini yang aku selalu fikir ni. layak ka aku mengajar atau bak kata orang semak bacaan Al-Quran orang lain? aduh. pening. aku terima tugas ni pasai tak dak cikgu lain yang berani ambik tugas ni. bagi aku, sayang la orang nak mengaji tapi kita tak terima. rugi. kita tolong orang dekat dengan Allah, takkan tak dapat saham?

Yang masih baca iqra' pon ada. Allah. bersyukurlah dengan kurniaan Allah dapat belajar Al-Quran dari kecil. tidaklah bila sudah berumur baru mencari kalam Allah tu. rugi. tapi bagus la akak-akak ni sebab mahu belajar dari awal semula demi untuk membaca bait-bait di dalam Al-Quran. berapa ramai manusia diluar sana yang tidak peduli dengan kewujudan kitab suci ni kan? maaf la kak-kak kalau k.lang ni tergarang sikit. biasa la, selalu mengajaq budak-budak. tak betul aku kasi cubit aje terus. hehe. tapi In sha Allah, selama sebulan dua yang masih bersisa sebelum k.lang p mengaji pulak, kita akan cuba semaksima mungkin. caiyok~caiyok..! belajar tu pon dah dapat pahalanya.. :)

aduh. tuisyen budak-budak sk pon aku ambil. aku ni suka sebenarnya sesuatu yang baru. tapi tulah. mungkin badan tak biasa lagi dengan kerja yang banyak menyebabkan aku terlantar demam awai-awai bulan hari tu. mujurlah hanya waktu malam badan lemah teruk.  siangnya boleh pula lawan. mana taknya, bukan aku, siapa nak buat? orang lain ada kerja masing-masing lah.

#busy bertambah bila parlimen sudah dibubarkan. haha. lama tunggu tu.Ingat! undilah Pakatan Rakyat.. :)

No comments:

Post a Comment